Mempertahankan Rasulullah SAW daripada Penghinaan

Maktabah Al Bakri
eBook
51
Halaman
Rating dan ulasan tidak diverifikasi  Pelajari Lebih Lanjut

Tentang eBook ini

Mempertahankan Rasulullah SAW daripada Penghinaan mengupas isu penghinaan terhadap Baginda Nabi SAW yang merupakan satu perkara serius dan tidak boleh dipandang remeh. Berdasarkan firman Allah SWT dan penjelasan ulama terkemuka, buku ini menekankan betapa beratnya dosa menghina Rasulullah SAW, baik semasa hayat Baginda mahupun selepas kewafatannya. Buku ini juga mengupas peranan Rasulullah SAW sebagai rahmat bagi sekalian alam, pembela umat yang lemah, dan pembina tamadun yang tinggi nilainya. Melalui pelbagai tulisan dan fatwa yang pernah dikeluarkan, penulis memberikan kefahaman mendalam tentang kesan buruk penghinaan terhadap Rasulullah SAW dan para Sahabat R.Anhum, serta menyeru umat Islam untuk menambah kecintaan dan penghormatan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Buku ini adalah panduan penting bagi memahami kedudukan sebenar Rasulullah SAW mengikut neraca Syariat yang wajib diimani dan dicintai.

Tentang pengarang

Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri adalah mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan mantan Mufti Wilayah Persekutuan. Beliau adalah pengasas kepada beberapa pusat pengajian agama dan kini merupakan anggota Muslim Council of Elders. Beliau telah menulis lebih 300 buah buku dalam Pengajian Islam dan mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan institusi kefatwaan.

Maktabah Al-Bakri ditubuhkan pada Ogos 2021 di Kota Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan. Ia merupakan badan penyelidikan Islam bebas yang menyediakan khidmat soal jawab agama, penyelidikan hukum Syarak, dan pengumpulan fatwa-fatwa silam dan kontemporari. Diasaskan dan diselia oleh Dato’ Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Maktabah Al-Bakri aktif menyalurkan ilmu-ilmu Islam melalui infografik, artikel, ebuku, animasi, video, webinar, kursus dalam talian, dan teknologi terkini.

Beri rating eBook ini

Sampaikan pendapat Anda.

Informasi bacaan

Smartphone dan tablet
Instal aplikasi Google Play Buku untuk Android dan iPad/iPhone. Aplikasi akan disinkronkan secara otomatis dengan akun Anda dan dapat diakses secara online maupun offline di mana saja.
Laptop dan komputer
Anda dapat mendengarkan buku audio yang dibeli di Google Play menggunakan browser web komputer.
eReader dan perangkat lainnya
Untuk membaca di perangkat e-ink seperti Kobo eReaders, Anda perlu mendownload file dan mentransfernya ke perangkat Anda. Ikuti petunjuk Pusat bantuan yang mendetail untuk mentransfer file ke eReaders yang didukung.