Malcolm X

· PTS Publishing House Sdn. Bhd.
5.0
3条评价
电子书
224
评分和评价未经验证  了解详情

关于此电子书

 Malcolm X dilahirkan pada tahun 1254 di Omaha, Nebraska. Bapanya, Earl Little, adalah seorang reverend yang berceramah untuk memperjuangkan hak orang kulit hitam. Oleh kerana ucapan bapanya sering berunsurkan subversif, keluarga Malcolm diserang oleh kumpulan 'white supremacist' Ku Klux Klan dan The Black Legion yang membakar rumah keluarga mereka.  Selepas berpindah ke Michigan, bapanya mati dibunuh dan ibunya pula menjadi gila. Malcolm dan adik-beradiknya seramai lapan orang dipisahkan dan diletakkan di bawah keluarga angkat. Malcolmdibawa untuk bersekolah di Mason di bawah penjagaan keluarga Swerlin.
Malcolm adalah satu-satunya pelajar berkulit hitam di Mason Junior High School. Dia diskriminasi oleh gurunya sendiri apabila gurunya mahukan dia menjadi seorang tukang kayu daripada cita-citanya yang mahu menjadi seorang peguam. Semua itu kerana warna kulitnya yang berbeza. Apabila memasuki gred kelapan, Malcolm berhenti sekolah untuk tinggal bersama kakak angkatnya, Ella di Boston.  Selepas bekerja sebagai penggilap kasut di Boston, Malcolm berpindah ke kawasan Harlem di New York untuk menjual marijuana. Selepas diekori polis narkotik, dia menukar karier menjadi perompak. 

Nasibnya tidak baik apabila dicekup polis pada tahun 1946 kerana memiliki jam curi. Pada usia 20 tahun, dia dimasukkan ke Charlestown State Prison dengan hukuman penjara sepuluh tahun. Sedangkan tempoh biasa untuk hukuman merompak adalah dua tahun sahaja. Dia mengalami diskriminasi sistem kehakiman hanya kerana kulitnya yang hitam. Di dalam penjara, Malcolm berjumpa dengan rakan banduan, Bimbi. Bimbi menyebabkan Malcolm kembali mempelajari bahasa Inggeris dan membaca buku. Di dalam penjara, Malcolm yang buta huruf belajar menulis, menghafal kamus, dan mempelajari sejarah keturunan orang kulit hitam.  Adik-beradiknya sering datang melawat. Satu hari, mereka mengajaknya untuk tidak merokok dan makan babi. Lama-kelamaan,  Malcolm mendapat tahu keluarganya sudah memeluk agama Islam di bawah seorang lelaki yang bernama Elijah Muhammad melalui pertubuhan Nation of Islam.  Selepas keluar penjara pada tahun 1952 melalui jaminan parol, Malcolm tinggal bersama abangnya di Detroit dan bekerja sebagai jurujual perabot. Pada masa lapang, dia menyertai pergerakan Nation of Islam dan dilantik menjadi pembantu minister pada musim panas tahun 1953.  Malcolm menjadi figura penting yang memperjuangkan hak asasi orang kulit hitam di Amerika melalui siri ceramah dan juga pengelibatannya dalam Nation of Islam. 

Sokongan orang kulit hitam kepadanya menyebabkan Malcolm mengeluarkan seruan yang keras dan pihak berkuasa memandang perkara itu sebagai satu ancaman. Malcolm menjadi orang kedua paling penting dalam Nation of Islam selepas Elijah Muhammad menerusi kemahiran berpidato dan hujahnya yang lantang. Malcolm berjaya menginspirasikan seorang peninju, Cassius Clay atau lebih dikenali sebagai Muhammad Ali untuk menyertai Nation of Islam.  Pada tahun 1964, Malcolm meninggalkan Nation of Islam kerana isu kepimpinan dengan Elijah Muhammad. Dia pergi menunaikan haji di Mekah. Melihat bagaimana agama Islam boleh menyatukan penganut yang berbilang kaum dan bangsa, menghimpunkan warna kulit yang berbeza dalam satu perhimpunan yang besar membuatkannya tertarik. Dia melihat Islam sebagai satu cara untuk menghapuskan prejudis perkauman. 

Selepas menunaikan haji, Malcolm melawat negara-negara Arab dan pulang ke tanah asalnya di beberapa buah negara Afrika. 

Selepas kembali ke Amerika, Malcolm menggunakan nama Malik el-Shabazz dan mengakui dirinya sebagai seorang Sunni Muslim. Sejak dari hari itu, dia mendapat ugutan daripada Nation of Islam. 

Pada tahun 1965, Malcolm mati dibunuh oleh tembakan shotgun ketika menghadiri satu rali di Manhattan. Jenazahnya dikebumikan di New York. 

Sehingga ke hari ini, Malcolm X dikenali sebagai salah seorang sosok orang kulit hitam yang paling penting kerana sumbangannya memperjuangkan hak asasi dan menghapuskan penindasan masyarakat kulit hitam di Amerika. 

评分和评价

5.0
3条评价

为此电子书评分

欢迎向我们提供反馈意见。

如何阅读

智能手机和平板电脑
只要安装 AndroidiPad/iPhone 版的 Google Play 图书应用,不仅应用内容会自动与您的账号同步,还能让您随时随地在线或离线阅览图书。
笔记本电脑和台式机
您可以使用计算机的网络浏览器聆听您在 Google Play 购买的有声读物。
电子阅读器和其他设备
如果要在 Kobo 电子阅读器等电子墨水屏设备上阅读,您需要下载一个文件,并将其传输到相应设备上。若要将文件传输到受支持的电子阅读器上,请按帮助中心内的详细说明操作。