Selepas itu, Mia dan Kia pantas menunggang basikal untuk pulang ke rumah Pak Long. Beberapa meter sebelum sampai di rumah itu, mereka berhenti lalu turun dari basikal masing- masing. Perlahan-lahan, mereka berjalan kaki memasuki kawasan rumah itu.
“Harap-harap naluri Kia tu betul,” bisik Mia.
“Kalau tak buat penat kita ke sini.”
Baru sahaja Kia hendak membalas, langkahnya terhenti.
Mia terus menoleh ke arah kembarnya. Kia hanya membisu sambil memberikan isyarat supaya Mia melihat ke arah rumah itu.Mia akur dan kini ternganga. Kelihatan kelibat seseorang sedang mundar-mandir tidak jauh dari dapur!
“Eh, siapa tu?” soal Mia.