Kun Faya Kun

The Chapter Bookstore
5,0
4 recensioni
Ebook
284
pagine
Valutazioni e recensioni non sono verificate  Scopri di più

Informazioni su questo ebook

Orang kata lima tahun pertama perkahwinan akan melalui banyak cabaran bukan aje akan berdepan dengan masalah kewangan tapi juga masalah dalam mengenali pasangan. Kenal lama tak semestinya terlepas daripada cabaran tu. Baru kenal pun tak semestinya tak survive!

Masalahnya... Aku kenal suami aku, Riz Qaiser. Aku kenal dia dua tahun sebelum berkahwin. Sekarang aku dah kahwin tiga tahun dengan dia. Maknanya... Dah lima tahun bersama. Dia memang tak banyak kore pun sebelum ini.

Tapi, tiba-tiba Riz minta berpisah sementara...

“It’s not you, it’s me.”

Aku ingat sekejap...

“Sementara tengkorak apa sampai tiga bulan dah? Dia ada perempuan lain ka?”

Aku tak rasa pun yang Riz ada perempuan lain. Dia bukan sejenis lelaki yang kaki perempuan. Dia nak bercakap dengan lelaki pun segan, apa lagi dengan perempuan.

Jadi, aku berdepan dengan Riz...

“Now, Riz... Be a man kalau tak boleh nak be a husband.”

Aku ingat aku akan dapat jawapan yang meyakinkan tapi Riz bagi alasan...

“Abang rimaih.”

Aku terdiam. Riz cakap dia rimas. Rimas? Bukan itu ke perkahwinan... You let one special person to annoy you for the rest of your life. Aku yang tak faham atau Riz yang tak faham? Dah nak masuk tahun ke enam... Tak kan la masih tak faham perkahwinan?

“Dalam perkahwinan hanya ada aku dan dia aje. Kalau dia rimaih... Siapa penyebabnya? Bukan ka aku?”

Dah tu... Jawapannya, cerai ke?

Ah, kun faya kun!

Valutazioni e recensioni

5,0
4 recensioni

Informazioni sull'autore

SYAMNURIEZMIL menulis buku tentang cinta dan keluarga. Kebanyakan buku beliau diadaptasi ke filem dan drama. Beliau juga merupakan pemenang Anugerah Telenovela di bawah kategori Novelis Terbaik pada tahun 2018. Sebelum beliau menulis cerita bergenre komedi romantik, beliau merupakan graduan lepasan ijazah di dalam bidang kewangan dari UiTM. Selepas itu, beliau bekerja sebagai pegawai bank selama 13 tahun sebelum menulis buku sepenuh masa. Beliau juga merupakan pesakit kronik kegagalan buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis seumur hidup. Hidup sedang mengajar beliau untuk bertahan, jadi jangan lemah... Kerana Tuhan tidak pernah gagal menciptakan takdir dan tidak pernah salah memilih hamba untuk diberi beban.

 

Valuta questo ebook

Dicci cosa ne pensi.

Informazioni sulla lettura

Smartphone e tablet
Installa l'app Google Play Libri per Android e iPad/iPhone. L'app verrà sincronizzata automaticamente con il tuo account e potrai leggere libri online oppure offline ovunque tu sia.
Laptop e computer
Puoi ascoltare gli audiolibri acquistati su Google Play usando il browser web del tuo computer.
eReader e altri dispositivi
Per leggere su dispositivi e-ink come Kobo e eReader, dovrai scaricare un file e trasferirlo sul dispositivo. Segui le istruzioni dettagliate del Centro assistenza per trasferire i file sugli eReader supportati.