Kumbang yang Tercantik

· Malaysian Institute of Translation & Books
5,0
2 atsauksmes
E-grāmata
214
Lappuses
Atsauksmes un vērtējumi nav pārbaudīti. Uzzināt vairāk

Par šo e-grāmatu

Novel ini menjadikan alam sekitar serta penghuninya sebagai subjek utama. Dengan menjadikan pencarian kumbang yang tercantik, ceritanya bergerak dan meneroka isu-isu yang terkait dengan alam sekitar. Kerakusan manusia yang meneroka dan memusnahkan hutan demi memenuhkan kantung ekonomi tidak dibiarkan begitu sahaja oleh penulisnya. Lantas wujudlah watak Prof Sulaiman yang gigih mencari kumbang yang tercantik yang kononnya telah pupus, dan sekali gus beliau juga cuba memberi kesedaran kepada khalayak akan peri pentingnya menjaga dan memelihara alam.


Walaupun menggunakan naratif penceritaan yang mudah, namun novel ini sarat dengan pesanan dan mesej tentang alam sekitar dan kemanusiaan. Mesej dan pesanan yang disampaikan dalam gaya penceritaan sebegini mudah pula untuk dicerna oleh pembaca.

Vērtējumi un atsauksmes

5,0
2 atsauksmes

Par autoru

Mohamed Salleh Said ataupun nama penuh beliau, Mohamed Salleh bin Mohamed Said dilahirkan pada 4 Februari 1947. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur, sebelum melanjutkan pelajarannya di Institut Teknologi Bandung, Indonesia dan dianugerahkan Sarjana Biologi pada tahun 1973. Kemudian beliau meneruskan kembara ilmunya di Universiti Illinois, Urbana, Amerika Syarikat dan memperoleh Sarjana Sains pada tahun 1977.


Mohamed Salleh Said pernah menjadi pensyarah dan profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia. Semasa menaburkan ilmunya di menara gading tersebut, beliau memberi kuliah mengenai serangga, dan membimbing pelajar prasiswazah dan siswazah. Kepakaran beliau ialah taksonomi kumbang (Coleoptera) daripada famili Chrysomelidae dan bidang penyelidikan yang menjadi tumpuan beliau ialah taksonomi kumbang Chrysomelidae di Malaysia dan Asia Tenggara. Beliau juga banyak menulis mengenai taksonomi kumbang Chrysomelidae dalam jurnal tempatan dan juga jurnal antarabangsa, selain buku yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dan juga menulis rencana yang disiarkan dalam media massa tempatan seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan The New Straits Times.


Sebagai penghormatan terhadap kepakaran beliau, sebanyak sembilan spesies baharu kumbang Chrysomelidae telah dinamakan sempena dengan nama beliau oleh ahli-ahli taksonomi daripada Australia, Jepun, Jerman, Republik Czech dan Rusia. Ahli taksonomi daripada Singapura pula telah menamakan satu spesies baharu serangga ranting bersempena dengan nama beliau.


Selain penulisan ilmiah, Mohamed Salleh Said juga terlibat dalam dunia penulisan kreatif. Kumbang yang Tercantik ini ialah novel beliau yang pertama diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), manakala sebuah lagi novel beliau yang berjudul Mimpi Sebuah Impian telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka 2018.

Novērtējiet šo e-grāmatu

Izsakiet savu viedokli!

Informācija lasīšanai

Viedtālruņi un planšetdatori
Instalējiet lietotni Google Play grāmatas Android ierīcēm un iPad planšetdatoriem/iPhone tālruņiem. Lietotne tiks automātiski sinhronizēta ar jūsu kontu un ļaus lasīt saturu tiešsaistē vai bezsaistē neatkarīgi no jūsu atrašanās vietas.
Klēpjdatori un galddatori
Varat klausīties pakalpojumā Google Play iegādātās audiogrāmatas, izmantojot datora tīmekļa pārlūkprogrammu.
E-lasītāji un citas ierīces
Lai lasītu grāmatas tādās elektroniskās tintes ierīcēs kā Kobo e-lasītāji, nepieciešams lejupielādēt failu un pārsūtīt to uz savu ierīci. Izpildiet palīdzības centrā sniegtos detalizētos norādījumus, lai pārsūtītu failus uz atbalstītiem e-lasītājiem.