Siri Soal Jawab Kewangan Peribadi kali ini meneruskan tradisinya dengan menyingkap permasalahan berkenaan pelaburan melalui ASB, khususnya pinjaman untuk pelaburan ASB yang sudah menjadi kontroversi sejak sekian lama.
Didorong oleh permintaan tinggi daripada ramai pembaca, topik ini menjadi pilihan kerana ianya cukup penting dan ianya juga cukup memeningkan kepala! Tambahan pula para penyokong dan penentang cukup tegar menganggap mereka adalah benar 100%.
Buku ini lengkap dengan berbagai-bagai fakta dan akan banyak membantu pembacanya membuat penilaian yang tepat. Antara topik-topik yang dibicarakan ialah:
-Β Β Β Β Β Β Β Β Β Bersama-sama Memajukan DuniaΒ
-Β Β Β Β Β Β Β Β Β Prinsip Pelaburan Saham AmanahΒ
-Β Β Β Β Β Β Β Β Β Rekod Baik Pulangan ASBΒ
-Β Β Β Β Β Β Β Β Β Menjana Wang Percuma Menggunakan Rekod Kewangan AndaΒ
-Β Β Β Β Β Β Β Β Β Contoh Simulasi Pinjaman ASBΒ
-Β Β Β Β Β Β Β Β Β Analisis Teknik PinjamanΒ
Buku ini juga memiliki satu topik istimewa yang dipanggil βFakta-Fakta Tersembunyi Pelaburan ASBβ yang mesti dibaca oleh sesiapa yang melabur ke dalam ASB! Ianya adalah original dan tiada sepertinya di luar sana. Sebagai contoh, tahukah anda bahawa pembelian insurans MRTA tidak menjejaskan keputusan pengiraan dan kesimpulan akhir yang terbit? Juga tahukah anda bahawa pembayaran Dividen yang rendah daripada ASB tidak akan banyak mengubah kesimpulan akhir pengiraan? Oleh itu, buku ini mesti dibaca!
Selepas membaca buku ini, anda akan mengetahui apa yang perlu dilakukan seterusnya. Peluang terbaik ini jangan dilepaskan kerana jika sudah terlambat, masa tidak akan boleh diputar kembali!
Selamat Membaca!
Sharif Rahman ialah seorang jurutera kimia graduan Amerika Syarikat yang memiliki kebolehan unik untuk menyelesaikan banyak permasalahanΒ kompleksΒ diΒ luarΒ sana.Β Β Β BeliauΒ menggunakanΒ kebolehanΒ kejuruteraan beliauΒ untukΒ mengikisΒ danΒ mengupasΒ sesuatuΒ permasalahanΒ ituΒ dan menjadikannya βsemudah yang bolehβ. Β
Beliau menggunakan banyak cara-caraΒ kejuruteraanΒ untukΒ menyelesaikanΒ masalah-masalahΒ yangΒ sentiasa memeningkan masyarakat.Β Beliau masih bekerja sepenuh masa sebagai seorangΒ juruteraΒ danΒ menggunakanΒ hampirΒ kesemuaΒ waktuΒ hujung mingguΒ danΒ hari-hariΒ cutiΒ beliauΒ untukΒ menyelesaikanΒ masalah-masalah tergantungΒ tanpaΒ jawapanΒ iniΒ danΒ mempersembahkannyaΒ denganΒ cara yang cukup menarik untuk kesenangan orang ramai.