Komunikasi dalam Kerja Sosial (UUM Press)

· UUM Press
电子书
131
评分和评价未经验证  了解详情

关于此电子书

Kehidupan seharian memerlukan komunikasi untuk menyampaikan mesej, nasihat atau pesanan kepada individu yang lain. Komunikasi juga menjadi faktor utama menentukan pelbagai jenis perhubungan yang akan dilakukan dengan orang lain. Kerja sosial ialah satu bidang yang memerlukan interaksi dan komunikasi yang berkesan dalam menyelesaikan sesuatu kes atau tugasan. 

Kemahiran komunikasi sangat diperlukan dalam bidang ini kerana komunikasi merupakan medium yang penting untuk berinteraksi. Pekerja sosial yang baik perlu peka dengan permasalahan klien dengan mendengar penuh teliti atau menyelami masalah klien agar mesej dan simbol yang diberikan oleh klien diterima dengan jelas untuk membantu dalam proses penyelesaian masalah. Buku ini antara lain membincangkan konsep, elemen dan model komunikasi dalam proses memberi bantuan. Huraian juga diberikan kepada tiga jenis komunikasi iaitu komunikasi intrapersonal, komunikasi interpersonal dan komunikasi kelompok.

 Aspek lain yang turut disentuh berkaitan komunikasi massa, peralatan komunikasi, pengurusan teknologi maklumat serta etika komunikasi dalam konteks kerja sosial. Seterusnya, buku ini diterbitkan untuk kegunaan institusi pengajian yang berkaitan dengan kerja sosial khususnya untuk faedah pelajar, pensyarah dan pengamal kerja sosial membuat rujukan dan seterusnya memahami dengan lebih terperinci tentang maksud, elemen dan asas komunikasi sesama manusia dan dalam melakukan tugasan berkaitan amalan kerja sosial terhadap klien.

为此电子书评分

欢迎向我们提供反馈意见。

如何阅读

智能手机和平板电脑
只要安装 AndroidiPad/iPhone 版的 Google Play 图书应用,不仅应用内容会自动与您的账号同步,还能让您随时随地在线或离线阅览图书。
笔记本电脑和台式机
您可以使用计算机的网络浏览器聆听您在 Google Play 购买的有声读物。
电子阅读器和其他设备
如果要在 Kobo 电子阅读器等电子墨水屏设备上阅读,您需要下载一个文件,并将其传输到相应设备上。若要将文件传输到受支持的电子阅读器上,请按帮助中心内的详细说明操作。