Kompilasi Resipi Buah-buahan mengandungi 60 jenis resipi yang menggunakan buah-buahan dalam hidangan. Selain daripada dimakan begitu sahaja, buah-buahan juga boleh dijadikan jus, pencuci mulut dan sebagai bahan dalam masakan.
Sama ada dibuat kek, gulai, kerabu, salad, pengat, kuih-muih dan sebagainya, penambahan buah-buahan sebenarnya mempunyai banyak khasiat, pelbagai vitamin dan zat untuk kesihatan tubuh badan. Buku ini juga dipersembahkan dengan gambar-gambar yang menarik.