Rasanya yang pedas, manis, masin dan rangup dikunyah menjadikan snek seperti kerepek dan keropok begitu digemari ramai hingga kini. Sama ada tradisional mahupun moden, setiap satunya memiliki keistimewaan sendiri. Kerepek bawang, kerepek ubi pedas, kacang goreng dan muruku merupakan snek tradisional yang masih kekal malahan dikormesialkan. Jika dahulu snek seperti ini banyak dihidangkan pada hari raya tetapi kini kita boleh menikmatinya bila-bila masa sahaja. Bagi yang meminati snek ringan seperti ini, buku Kompilasi Hidangan Snek membantu anda menyediakan 60 resipi menarik. Dijamin sedap!