Kompas Kepimpinan Daripada Madrasah Al-Quran

·
· PTS Publishing House Sdn. Bhd.
电子书
211
评分和评价未经验证  了解详情

关于此电子书

Intipati kepimpinan yang baik itu sebenarnya terhasil daripada prinsip dan nilai yang dicorak dalam proses pembentukan seorang pemimpin yang baik.

Kompas Kepimpinan daripada Madrasah Al-Quran lebih bertumpu kepada formula-formula dan intipati kepimpinan al-Quran menerusi sosok kepimpinan Nabi Sulaiman a.s. dalam surah an-Naml yang kemudiannya dipraktikkan oleh Sultan Muhammad II atau lebih dikenali dengan Sultan Muhammad Al-Fateh melalui kajian sejarah Uthmaniyyah.

Istimewanya karya ini dalam menghubungkan dua tokoh yang sering dilihat asing dan jauh kerana keagungan dan kekuatan yang berjaya dicapai pada zaman masing-masing. Karya ini membawakan konsep penting yang menhubungkan dua disiplin ilmu iaitu al-Quran dan sejarah, pada peristiwa lampau dan realiti.

Karya ini berhasrat mendefinisikan ibrah kepimpinan daripada prinsip-prinsip al-Quran yang bertujuan membentuk keperibadian muslim profesional melalui akronim F-A-T-E-H

F- Futuristic

A- Active

T- Teamwork

E- Enlightment

H- Humanity

Semoga buku ini mampu memberikan nafas baru kepada seluruh masyarakat Islam khususnya para pengkaji al-Quran dan sejarah tokoh-tokoh besar Islam dengan persembahan yang berbeza dan interaktif. Diharapkan buku ini juga merangsang semangat pembaca bagi mewujudkan semangat dan peribadi unggul seperti tokoh-tokoh kepimpinan Islam yang terdidik dengan prinsip-prinsip Al-Quran sekaligus menghidupkan kembali kehebatan dan kegemilangan Islam yang pernah dicapai suatu masa dahulu.

作者简介

SYAARI AB. RAHMAN, anak kelahiran Tumpat, Kelantan merupakan pengarah urusan dan jurulatih sepenuh masa di Ibrah Paradigm Training & Consultancy sejak bulan Mei 2011.

Beliau adalah jurulatih bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). Berpengalaman lebih daripada 4 tahun dalam dunia latihan dan motivasi, beliau juga pernah berkhidmat selama 2 tahun di I.P Minda Training & Consultancy Sdn. Bhd.

Selain itu, beliau juga adalah ahli berdaftar di bawah Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).

Antara rancangan televisyen yang pernah beliau dijemput untuk ditemuramah adalah TV Al-Hijrah dalam segmen "Assalamualaikum" dan RTM TV1 dalam segmen "Amir Amira".

Penulis buku bestseller "Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh" terbitan PTS Milennia ini adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Sastera Arab dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan kini sedang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Sejarah Othmaniyah.

为此电子书评分

欢迎向我们提供反馈意见。

如何阅读

智能手机和平板电脑
只要安装 AndroidiPad/iPhone 版的 Google Play 图书应用,不仅应用内容会自动与您的账号同步,还能让您随时随地在线或离线阅览图书。
笔记本电脑和台式机
您可以使用计算机的网络浏览器聆听您在 Google Play 购买的有声读物。
电子阅读器和其他设备
如果要在 Kobo 电子阅读器等电子墨水屏设备上阅读,您需要下载一个文件,并将其传输到相应设备上。若要将文件传输到受支持的电子阅读器上,请按帮助中心内的详细说明操作。