Sitah tersenyum lagi. Kakinya mengorak langkah dalam gementar. Ruang tengah banglo mewah itu sesak dengan para tetamu yang pelbagai gelagat. Setiap kali berselisih deยญngan orang-orang kampung, Sitah tidak lupa meยญnyapa mesra. Tangannya masih menggenggam erat sebuah bungยญkusan beยญreben merah. Dia menuju ke bilik berยญlangsir ungu mudaย yang terhias cantik. Hatinya tidak sabar-sabar lagi untuk meยญnemui orang yang sangat dirindui. Langkah Sitah semakin lebar.