Sitah tersenyum lagi. Kakinya mengorak langkah dalam gementar. Ruang tengah banglo mewah itu sesak dengan para tetamu yang pelbagai gelagat. Setiap kali berselisih deÂngan orang-orang kampung, Sitah tidak lupa meÂnyapa mesra. Tangannya masih menggenggam erat sebuah bungÂkusan beÂreben merah. Dia menuju ke bilik berÂlangsir ungu muda yang terhias cantik. Hatinya tidak sabar-sabar lagi untuk meÂnemui orang yang sangat dirindui. Langkah Sitah semakin lebar.