Penulis dengan keistimewaan tersendiri ini mengetengahkan berbagai teknik penceritaan yang segar bersama idea menarik dan mengagumkan. Sesuai untuk dipraktikkan oleh penulis baru atau berpengalaman. Pembaca dibawa untuk melihat dan merasa dalam penceritaan. Mesej yang disampaikan bersahaja namun sarat dengan nasihat berguna dan tetap menghiburkan. Sentiasa ada kejutan dan sesuatu yang istimewa dan tidak pernah menghampakan.
Realiti hidup...
Bukan sahaja lalu bahagia, adakala penuh drama
Liku-liku perjalanan meniti usia...
Penulis ini menulis dalam pelbagai genre termasuk seram, thriller, cinta, masyarakat dan puisi. Antara buku yang ditulis adalah trilogi novel seram Sumpahan Ling Chi, Ophelia dan Rose of Orient bersama Buku Prima. Novel interaktif seram dan misteri tulisan beliau berjudul Misteri Mimpi Yana.