Kembara Mencari Entiti

Siri Kembara Mencari Buku 4 · Kausar Kreatif
4,0
2 ulasan
eBook
462
Halaman
Rating dan ulasan tidak diverifikasi  Pelajari Lebih Lanjut

Tentang eBook ini

Kembara Mencari Entiti adalah sebuah novel yang mengetengahkan himpunan 30 cerpen bertema seram, paranormal dan mistik. Ia akan menghantui dengan pelbagai situasi yang mungkin pernah dialami pembaca atau tidak hingga meninggalkan kesan. 

Ia menyelami kehidupan seorang penulis bernama Suhail Tastari yang bercita-cita untuk menghasilkan antologi cerpen seram solonya sendiri walaupun menerima kecaman daripada mereka yang memandang rendah kerjaya itu. 

Jawapannya ditemui semasa hujan lebat di sebatang jalan yang sempit dan lengang. Seorang lelaki Inggeris menyerahkan sebuah kotak misteri kepadanya, sebelum menghilangkan diri.

Suhail dapat rasakan popularitinya meningkat, hinggalah dia mula mengalami gangguan demi gangguan. Akhirnya dia sedar akan sumpahan kotak misteri yang dia terima itu. Cabarannya adalah untuk menyiapkan antologi cerpen solo yang dihasilkan sebelum terlambat.

Apa isi kotak itu? Bagaimana ia dapat memenuhi impian Suhail? Apa akibat yang terpaksa dia hadapi untuk mencapai cita-citanya? Siapa sebenarnya lelaki yang menyerahkan kotak misteri kepadanya?


Ini bukan travelog team paranormal... 

Tapi kisah pertarungan seorang penulis menyiapkan manuskrip antologi solo sebelum diburu sumpahan puaka! 


Kerana cita-cita dia terpedaya… angkara sumpahan puaka!

Rating dan ulasan

4,0
2 ulasan

Tentang pengarang

Penulis ini menulis dalam pelbagai genre termasuk seram, thriller, cinta, masyarakat dan puisi. Antara buku yang ditulis adalah trilogi novel seram Sumpahan Ling Chi, Ophelia dan Rose of Orient bersama Buku Prima. Novel interaktif seram dan misteri tulisan beliau berjudul Misteri Mimpi Yana. 

Beri rating eBook ini

Sampaikan pendapat Anda.

Informasi bacaan

Smartphone dan tablet
Instal aplikasi Google Play Buku untuk Android dan iPad/iPhone. Aplikasi akan disinkronkan secara otomatis dengan akun Anda dan dapat diakses secara online maupun offline di mana saja.
Laptop dan komputer
Anda dapat mendengarkan buku audio yang dibeli di Google Play menggunakan browser web komputer.
eReader dan perangkat lainnya
Untuk membaca di perangkat e-ink seperti Kobo eReaders, Anda perlu mendownload file dan mentransfernya ke perangkat Anda. Ikuti petunjuk Pusat bantuan yang mendetail untuk mentransfer file ke eReaders yang didukung.