Jangan Ikut Jalan Ini

· PTS Media Group Sdn Bhd
3.9
7条评价
电子书
78
评分和评价未经验证  了解详情

关于此电子书

Sudah dua minggu cuti penggal bermula, namun Abu dan rakan-rakannya belum membuat apa-apa perancangan aktiviti yang hendak dilakukan. Apabila Abu mendengar Wak Salim mahu ke Pertak, terlintas fikirannya mahu mengikut. Selepas berbincang, Abu, Majid, Yahaya, Rukiah dan Esah berjumpa Wak Salim dan menyatakan hasrat mereka. Wak Salim dengan tangan terbuka mengajak mereka bersama.

Di Pertak, Abu dan rakan-rakannya berkenalan dengan Munir dan adiknya, Zaitun. Mereka mengajak Abu dan rakan-rakannya pergi ke kawasan air terjun tidak jauh dari situ. Namun, untuk sampai ke kawasan air terjun itu, ada dua jalan yang boleh mereka lalui. Satu jalan melalui jalan raya manakala satu jalan lagi melalui hutan. Disebabkan Abu dan rakan-rakannya sukakan cabaran, mereka memilih jalan hutan. Namun, Munir memberi amaran kemungkinan jalan hutan yang mereka pilih itu ada bahaya yang menanti. Ada banyak cakap-cakap orang kononnya ramai yang terserempak dengan orang gila di jalan itu. Abu menjadi lebih bersemangat untuk menyiasat!

评分和评价

3.9
7条评价

作者简介

Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said dilahirkan pada 9 April 1935 di Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura, sebelum melanjutkan pelajaran tingginya ke Victoria Institution, juga di Singapura.

Atas jasa dan khidmat bakti beliau dalam bidang kesusasteraan Melayu Malaysia, beliau dianugerahkan pelbagai hadiah dan penghargaan seperti Anugerah Pejuang Sastera (1976) dan Anugerah Sastera Negara (1985). Pada tahun 2003, beliau menerima Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Kesusasteraan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris.

为此电子书评分

欢迎向我们提供反馈意见。

如何阅读

智能手机和平板电脑
只要安装 AndroidiPad/iPhone 版的 Google Play 图书应用,不仅应用内容会自动与您的账号同步,还能让您随时随地在线或离线阅览图书。
笔记本电脑和台式机
您可以使用计算机的网络浏览器聆听您在 Google Play 购买的有声读物。
电子阅读器和其他设备
如果要在 Kobo 电子阅读器等电子墨水屏设备上阅读,您需要下载一个文件,并将其传输到相应设备上。若要将文件传输到受支持的电子阅读器上,请按帮助中心内的详细说明操作。