Jangan Bising

The Chapter Bookstore
4.7
6則評論
電子書
363
評分和評論未經驗證  瞭解詳情

關於本電子書

Ines Soraya merupakan satu-satunya cucu tok ayah. Arwah mak dan ayah Ines telah meninggal dunia akibat daripada kemalangan sembilan tahun yang lalu. Sejak itu, tok ayahlah yang menjaga makan dan pakaian, memberikan segala harapan dan mengajar Ines tentang kehidupan. Termasuklah mencadangkan calon cucu menantu untuk Ines. 

“Tok ayah bukan apa... Bila tengok hang, teringat kata-kata arwah mak hang. Tiga kali dia sebut. Bukannya dia suruh hang jaga tok ayah. Dia suruh tok ayah pula jaga hang! Apa punya anak... Watarrr gajah!” 

Dek kerana Ismael tahu yang cucunya itu suka membaca, dia memilih calon cucu menantu yang suka membaca dan memiliki sebuah kedai buku dan restoran. Malangnya, calon cucu menantu Ismael tu, misteri orangnya! 

“Tapi, saya nak beritahu awak, ya saya Boy dan saya jodoh awak, Ines Soraya. Assalamualaikum.” 

Oleh sebab Boy duduk di Paris, Ines sering mendapat bungkusan berupa buku yang disertakan kata-kata yang ditujukan untuk Ines. 

“Jika aku dapat melihat cinta, mungkin yang pertama kulakukan adalah mencari tahu kepada siapa saja cintamu kau berikan.” Musim Hujan Kali Ini karya Kalpata1234. Tapi... Aku tak mampu. Yang aku mampu... Hanya beristighfar... – Boy, si pelaku dosa, Paris. 

Ines memang suka sangat membaca sejak kecil. Lebih teruk sejak mak dan ayahnya meninggal dunia. Bekerja sebagai pembantu pustakawan memberikan dia kelebihan untuk membaca setiap hari. Sehari tak membaca seakan tak lengkap dunia. 

Tetapi, menjadi pustakawan bukanlah mudah seperti disangkakan. Dia berdepan dengan macam-macam karenah manusia termasuk seorang lelaki yang bernama Iskander Suffian. Iskander merupakan seorang juruterbang yang tiba-tiba muncul dalam perpustakaan itu. Kehadirannya bagaikan permainan memburu harta karun tetapi menggunakan buku-buku yang ada di perpustakaan. 

If I was Sarah, 50 ways tu... Saya tukar jadi 5 seconds to find a lover. And all 422 pages, saya hanya akan tulis tentang kita. Saya bagi 0.5 bintang! – IS 

Modus operandinya seakan-akan cara mengurat yang digunakan Iskander... tetapi adakah Boy dan Iskander orang yang sama? 

Seperti kata Neil Gaiman, Google can bring you back 100,000 answers, a librarian can bring you back the right one. Jadi, mampukah seorang pustakawan seperti Ines mencari tahu siapakah calon sebenar cucu menantu tok ayah? 

Tiada apa yang terjadi, terjadi secara kebetulan. Itu semua adalah takdir Tuhan yang telah direncanakan.

評分和評論

4.7
6則評論

關於作者

SYAMNURIEZMIL menulis buku tentang cinta dan keluarga. Kebanyakan buku beliau diadaptasi ke filem dan drama. Beliau juga merupakan pemenang Anugerah Telenovela di bawah kategori Novelis Terbaik pada tahun 2018. Sebelum beliau menulis cerita bergenre komedi romantik, beliau merupakan graduan lepasan ijazah di dalam bidang kewangan dari UiTM. Selepas itu, beliau bekerja sebagai pegawai bank selama 13 tahun sebelum menulis buku sepenuh masa. Beliau juga merupakan pesakit kronik kegagalan buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis seumur hidup. Hidup sedang mengajar beliau untuk bertahan, jadi jangan lemah... Kerana Tuhan tidak pernah gagal menciptakan takdir dan tidak pernah salah memilih hamba untuk diberi beban. 

為這本電子書評分

歡迎提供意見。

閱讀資訊

智慧型手機與平板電腦
只要安裝 Google Play 圖書應用程式 Android 版iPad/iPhone 版,不僅應用程式內容會自動與你的帳戶保持同步,還能讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
筆記型電腦和電腦
你可以使用電腦的網路瀏覽器聆聽你在 Google Play 購買的有聲書。
電子書閱讀器與其他裝置
如要在 Kobo 電子閱讀器這類電子書裝置上閱覽書籍,必須將檔案下載並傳輸到該裝置上。請按照說明中心的詳細操作說明,將檔案傳輸到支援的電子閱讀器上。