Isu 43 - Gempar! Mat Pergi Haji

· Majalah Jom! Buku 43 · Deen Prints
5.0
3 ulasan
e-Buku
96
Halaman
Rating dan ulasan tidak disahkan  Ketahui Lebih Lanjut

Perihal e-buku ini

Anda masih ingat pada Mat yang menjadi karakter utama di dalam isu #28; Aku, Dia & Ramadhan? Pendek cerita, isu tersebut menampilkan Mat sebagai seorang pemuda yang menjumpai jalan perubahannya ketika bulan Ramadhan. Bersempena dengan musim haji ini, Mat kembali lagi menjadi karakter utama Majalah Jom! edisi special bertemakan haji. Mempersembahkan: Isu #43 Majalah Jom!: Gempar! Mat Pergi Haji
Ahah, bagaimana? Adakah anda teruja sepertimana kami juga? :)

Edisi istimewa kali ini mengisahkan tentang perjalanan Mat dalam mengerjakan haji. Bermula dari saat dia mendapat surat tawaran daripada Tabung Haji, Mat telah berjumpa dengan ramai orang yang memberikan dia pelbagai nasihat dan panduan mengerjakan haji. Malah, termasuk juga di dalam edisi kali ini adalah pengalaman-pengalaman mereka yang telah terlebih dahulu mengerjakan haji pada usia yang muda; cerita-cerita yang pastinya menjanjikan suatu perasaan yang berbeza terhadap kita semua.

Selain daripada 35 muka surat komik tentang Mat, edisi kali ini turut diwarnakan dengan pelbagai artikel menarik termasuk Ah, Rindunya! oleh Dr. Umi Kalthum Ngah, Kenapa Aku Berhaji? oleh Dr. Kamaru Salam Yusof, Shopping Ketika Haji? oleh Pak Utih serta tidak ketinggalan, khutbah Aidiladha yang begitu mengesankan, dipetik daripada laman web dakwatuna.com yang bertajuk Pengorbanan, Jalan Menuju Kejayaan.
Moga kita juga dikurniakan rezeki untuk menjejakkakn kaki ke sana, mengerjakan rukun Islam yang kelima ini, amin. 

Rating dan ulasan

5.0
3 ulasan

Berikan rating untuk e-Buku ini

Beritahu kami pendapat anda.

Maklumat pembacaan

Telefon pintar dan tablet
Pasang apl Google Play Books untuk Android dan iPad/iPhone. Apl ini menyegerak secara automatik dengan akaun anda dan membenarkan anda membaca di dalam atau luar talian, walau di mana jua anda berada.
Komputer riba dan komputer
Anda boleh mendengar buku audio yang dibeli di Google Play menggunakan penyemak imbas web komputer anda.
eReader dan peranti lain
Untuk membaca pada peranti e-dakwat seperti Kobo eReaders, anda perlu memuat turun fail dan memindahkan fail itu ke peranti anda. Sila ikut arahan Pusat Bantuan yang terperinci untuk memindahkan fail ke e-Pembaca yang disokong.