Isu 35 - #JeSuisIhsan

· Majalah Jom! પુસ્તક 35 · Deen Prints
3.8
5 રિવ્યૂ
ઇ-પુસ્તક
96
પેજ
રેટિંગ અને રિવ્યૂ ચકાસેલા નથી વધુ જાણો

આ ઇ-પુસ્તક વિશે

#JeSuisIhsan! Itulah tajuk terbaru Majalah Jom! edisi ke-35. Jika anda mengikuti berita-berita global, anda pasti tahu tentang kejadian di Perancis di mana telah berlakunya pembunuhan editor dan kartunis sebuah majalah satira mingguan di sana, Charlie Hebdo. Maka rata-rata netizen telah melancarkan sebuah kempen di ruang maya menggunakan hashtag (#) JeSuisCharlie yang bermaksud “Saya adalah Charlie” atau “I am Charlie”.

Maka, bertepatan dengan tema yang diangkat daripada hadis kedua di dalam kitab Hadith Arba’in oleh Imam Nawawi –yang membincangkan tentang Islam, iman, ihsan dan sa’ah (hari akhirat)– akhirnya terhasillah isu kali ini.

Isu kali ini dimuatkan dengan pelbagai artikel menarik, tentang isu semasa dan tidak, ditulis pula oleh muka-muka baru yang tidak pernah menulis di dalam Majalah Jom! sebelum ini. Ini termasuklah artikel bertajuk Ibrah Dari Bah yang ditulis oleh Salwa Mohd Saleh; seorang work-at-home-mother (WAHM) yang terkenal melalui penulisannya di dalam laman webnya salwasaleh.com

Selain itu, termuat juga artikel temu ramah bersama Syed Azmi yang terkenal melalui projek #tamakpahala yang dilancarkan oleh beliau serta projek yang pastinya menjadi sebutan ramai orang di luar sana iaitu ‘I Want To Touch A Dog’ yang ternyata menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat. Temu ramah ini telah dijalankan dan ditulis oleh Saudari Mar Ashari, juga seorang penulis baharu di dalam isu kali ini.

Antara artikel lain yang turut tidak kurang tarikannya adalah yang ditulis oleh Fateen Najla bertajuk, Alahai K-Pop – Cair! Apakah yang cair itu? Melihat artisnya yang menyebabkan kita cairkah? Atau ada sesuatu yang lebih berharga yang mencair dalam diri kita?

Edisi kali ini pastinya tidak lengkap dengan artikel daripada Saudari Muharikah.“Seorang Muslim harus berada paling hadapan dalam semua urusan.” Begitu kata Saudari Muharikah di dalam artikelnya, All Out & Success! Sudahkah kita menjadi yang terbaik itu?

Manakala, Saudari Umairah pula menutup edisi kali ini dengan sebuah artikel begitu menyentuh jiwa berkenaan seorang sahabat yang tidak punya apa-apa untuk disedekahkan ketika Perang Tabuk. Namun, beliau diberitahu Rasulullah bahawa sedekahnya telah diterima oleh Allah. Apakah yang disedekahkan oleh empunya diri, sehingga diterima Allah, dan diberitahu pula melalui Rasul-Nya?! Subhanallah! Ikuti kisahnya di dalam Sepotong Hati Untuk Dia.

Terdapat pelbagai lagi artikel menarik termasuklah daripada saudara Aiman Azlan, Aimaan al-Banna, Budak Tomato dan lain-lain. #JeSuisIhsan pasti akan membuatkan anda turut bersemangat untuk bersama-sama berlumba untuk menjadi yang terbaik dalam setiap urusan. Ayuh, dapatkan segera di pasaran!

રેટિંગ અને રિવ્યૂ

3.8
5 રિવ્યૂ

આ ઇ-પુસ્તકને રેટિંગ આપો

તમે શું વિચારો છો અમને જણાવો.

માહિતી વાંચવી

સ્માર્ટફોન અને ટૅબ્લેટ
Android અને iPad/iPhone માટે Google Play Books ઍપ ઇન્સ્ટૉલ કરો. તે તમારા એકાઉન્ટ સાથે ઑટોમૅટિક રીતે સિંક થાય છે અને તમને જ્યાં પણ હો ત્યાં તમને ઑનલાઇન અથવા ઑફલાઇન વાંચવાની મંજૂરી આપે છે.
લૅપટૉપ અને કમ્પ્યુટર
Google Play પર ખરીદેલ ઑડિઓબુકને તમે તમારા કમ્પ્યુટરના વેબ બ્રાઉઝરનો ઉપયોગ કરીને સાંભળી શકો છો.
eReaders અને અન્ય ડિવાઇસ
Kobo ઇ-રીડર જેવા ઇ-ઇંક ડિવાઇસ પર વાંચવા માટે, તમારે ફાઇલને ડાઉનલોડ કરીને તમારા ડિવાઇસ પર ટ્રાન્સફર કરવાની જરૂર પડશે. સપોર્ટેડ ઇ-રીડર પર ફાઇલો ટ્રાન્સ્ફર કરવા માટે સહાયતા કેન્દ્રની વિગતવાર સૂચનાઓ અનુસરો.