Sekali lagi seperti biasa, kami buntu semasa membincangkan tajuk muka hadapan bagi isu ke-25 ini. Sungguh, ia tidak mudah. Berbincang, dan terus berbincang. Berhari-hari jugalah. Alhamdulillah akhirnya, Allah mudahkan.
βAdiyaat. Di dalam terjemahan al-Quran berbahasa Melayu, ia dimaksudkan dengan kuda perang. Anda tahu mengapa Allah bercerita tentang perihal βAdiyaat ini? Apa kena mengena si kuda perang dengan manusia? Fahamkah anda tentang apa yang ingin Allah sampaikan melalui surah yang mengandungi 11 ayat ini?