Buku ini menjelaskan panduan yang lengkap dan mudah bagi setiap orang untuk mengenali agama Islam ini …
Ali Tantawi dilahirkan pada pagi Jumaat 23 Jamadil awwal 1327H bersamaan 11 Jun 1909M. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang sederhana di perkampungan Uqaibah, Damsyiq tetapi sangat mencintai ilmu. Gelaran Tantawi kerana keluarga Ali Tantawi berasal dari Tanta, satu daerah di Mesir. Datuk Ali Tantawi berhijrah ke syam kerana mengiringi bapa saudara seorang ulama al-Azhar. Bapa saudara tersebut bernama Muhammad bin Mustafa. Datuknya bernama Ahmad bin Ali bin Mustafa yang berkahwin dengan anak bapa saudara (Muhammad bin Mustafa) dan tinggal bersama dan kemudian berpindah ke perkampungan Uqaibah, berdekatan dengan masjid Taubat, Damsyiq.