Cerpen ini mengisahkan dua sekawan, iaitu Ashfan dan Kipli yang ingin mencari kayu di Bukit Petai. Dalam perjalanan tersebut, mereka telah terserempak dengan seorang lelaki yang terbaring di dalam hutan akibat dipatuk ular berbisa. Ashfan dan Kipli bersama-sama dengan Abang Borhan dan beberapa sahabatnya telah berusaha menyelamatkan nyawa seorang lelaki.