ย
Maka, 3 peraturan utama diperkenalkan. Pertama, hanya golongan bijak pandai sahaja dibenarkan menaikinya. Kedua, diharamkan untuk mencipta dan menggunakan senjata. Dan yang terakhir, semua orang di atas bahtera itu tidak dibenarkan menganuti mana-mana agama. Hanya mereka yang memenuhi kriteria ini sahaja yang dapat meneruskan ketamadunan manusia 35,000 kaki di udara.
ย
Yang selebihnya ditinggalkan di permukaan Bumi, dibiarkan musnah dan pupus selama-lamanya.
ย
Dan 1,000 tahun pun berlalu ... .
ย
Bagi aku, hanya orang soleh sahaja yang akan dikurniakan karamah daripada Allah. Dan orang soleh itu pastinya bersifat rendah diri dan murah hati ... bukannya mengambil kesempatan menjual air jampi dengan harga yang tinggi.
ย
TETAPI
ย
Aku dapati, masyarakat semakin kurang kebergantungan kepada Allah. Mereka lebih mempercayai air Yasin, tangkal dan azimat ... berbanding berdoa kepada Allah dan berusaha.
Berasal dari Rantau Panjang, Kelantan. Merupakan siswazah dalam bidangย Mechanical Engineering with Advanced Design and Innovationย dari universiti di United Kingdom.ย Beliau juga adalah ahli Daie Kreatif Venture dan telah menerbitkan beberapa buah komik. Antara tajuk-tajuk yang dihasilkan oleh beliau adalahย Lukisan Tarbiah Sentap 1,ย Lukisan Tarbiah 2: Refleksi, Lukisan Tarbiah 3: Air Mata Terakhir, Aku, Engkau Dan Alif, Aku, Engkau Dan Alif 2: After Storyย danย Badai 1 โ 5.
Memilih menggunakan nama penaย Nazr Syaff,ย lulusanย dalam bidangย Mechanical Engineeringย ini telah memilih kerjaya sebagai pelukis komikย freelance. Komikย Godcentric 2ย merupakan kolaborasi beliau selaku pelukis bersama dengan Abeben selaku penulis. Sebagai ahli Daie Kreatif Venture, beliau turut aktif dalam aktiviti yang dianjurkan syarikat. Beliau telah menerbitkan buku bersama penerbit indie DeโGwet juga menerbitkan komik kompilasi HERO #2 Komik M.