Seorang gadis berpakaian lagak pelatih tentera, memperkenal diri sebagai Waziraa. Dakwanya, mereka berada pada tahun 2333.
Aria pasti dia sedang lena. Pasti ada cara untuk dia terjaga. Sedang dia bingung memikirkan apakah yang sedang berlaku itu mimpi mahupun realiti, dia dikejutkan dengan teknologi di situ yang jauh lebih maju daripada apa yang dilaluinya setiap hari.
Jadi, benarkah dakwaan Waziraa yang mengatakan bahawa dia berada pada ratusan tahun ke hadapan? Tidak semudah itu dia mengaku tewas. Tentu ada sebab kenapa dia telah dibawa ke suatu garis masa yang jauh.