Encik Empat Musim

The Chapter Bookstore
4.6
13則評論
電子書
154
評分和評論未經驗證  瞭解詳情

關於本電子書

Kegagalan percintaan selama lima tahun dengan Adrianne membuatkan sikap Ean Qhalif selalu bermusim. Kali ini dia lebih berhati-hati dalam memilih pasangan. Dengan cara itu, Ean Qhalif merasakan dia dapat bertemu dengan orang yang tepat.

Tetapi, tidak bagi Amara Sofya. Dia tak faham langsung dengan aturan musim Ean Qhalif. Awal-awal lagi di pertemuan mereka, Ean Qhalif dah mulakan dengan musim sejuk menyebabkan Amara Sofya mula geram.

“Kalau tak reti masak pun, ada mendatangkan masalah pada awak ka?”

“Memang akan mendatangkan masalah pada kaum saya.”

Di pertemuan kedua pula, Ean Qhalif mula bermusim panas menyebabkan hati Amara Sofya bertambah bengkak!

“Awat? Orang macam saya yang tak reti nak masak ni, tak reti menjahit ka?”

“Betuilah... Tuhan kata dah, bukan semua manusia tu sempurna.”

Dek kerana kedua-dua pertemuan itu, Amara Sofya telah menolak pinangan Ean Qhalif. Suka dengan sikap Amara Sofya yang tegas dan lantang, Ean Qhalif dapat merasakan Amara Sofya adalah orang tepat. Jadi, dia mencuba nasib buat kali kedua. Kali ini Ean Qhalif mulakan dengan musim luruh sehingga hati Amara Sofya jadi gemuruh.

“Pasai apa orang sebut hujan tu turun dari langit, bukannya jatuh dari langit?”

“Tak tau. Pasai apa? Pasai apa turun dan bukannya jatuh?”

“Pasainya yang jatuh tu saya… Ke hati awak. Bawa kereta elok-elok na... Assalamualaikum.”

Sehinggalah bertukar kepada musim bunga menyebabkan Amara Sofya akhirnya menerima pinangan Ean Qhalif.

“Ada orang dah kena virus...”

“Salah mak dan paklah... Pasai depa pi bagi vaksin yang dah expired.”

Tetapi, musim bunga itu tidak berpanjangan. Gara-gara satu artikel, Ean Qhalif menarik semula pinangan menyebabkan Amara Sofya sangat kecewa.

“Saya tak tau berapa lama untuk saya tunggu... Tapi, saya akan tunggu. Saya akan tunggu dan tunjuk kat awak yang awak salah tentang saya. Dan pada masa tu... Awak tak akan berpeluang untuk buat u-turn lagi, Dr. Ean Qhalif.”

Mampukah Ean Qhalif mengembalikan musim bunga ke dalam hati Amara Sofya? Atau... berterusan menjadi musim panas? Kerana hati... bukanlah musim yang boleh berubah-ubah mengikut waktu!

評分和評論

4.6
13則評論

關於作者

SYAMNURIEZMIL menulis buku tentang cinta dan keluarga. Kebanyakan buku beliau diadaptasi ke filem dan drama. Beliau juga merupakan pemenang Anugerah Telenovela di bawah kategori Novelis Terbaik pada tahun 2018. Sebelum beliau menulis cerita bergenre komedi romantik, beliau merupakan graduan lepasan ijazah di dalam bidang kewangan dari UiTM. Selepas itu, beliau bekerja sebagai pegawai bank selama 13 tahun sebelum menulis buku sepenuh masa. Beliau juga merupakan pesakit kronik kegagalan buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis seumur hidup. Hidup sedang mengajar beliau untuk bertahan, jadi jangan lemah... Kerana Tuhan tidak pernah gagal menciptakan takdir dan tidak pernah salah memilih hamba untuk diberi beban. 

為這本電子書評分

歡迎提供意見。

閱讀資訊

智慧型手機與平板電腦
只要安裝 Google Play 圖書應用程式 Android 版iPad/iPhone 版,不僅應用程式內容會自動與你的帳戶保持同步,還能讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
筆記型電腦和電腦
你可以使用電腦的網路瀏覽器聆聽你在 Google Play 購買的有聲書。
電子書閱讀器與其他裝置
如要在 Kobo 電子閱讀器這類電子書裝置上閱覽書籍,必須將檔案下載並傳輸到該裝置上。請按照說明中心的詳細操作說明,將檔案傳輸到支援的電子閱讀器上。