EKONOMI MENURUT TASAWUR ISLAM Perbincangan Terhadap Andaian (Penerbit UMK)

· Penerbit UMK
5.0
1 ulasan
e-Buku
248
Halaman
Rating dan ulasan tidak disahkan  Ketahui Lebih Lanjut

Perihal e-buku ini

Buku ini bertujuan membincangkan andaian yang dipakai dalam ekonomi Islam arus perdana iaitu andaian kehendak manusia yang tidak terhad. Sehingga kini, tidak ada buku yang ditulis dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris yang menerangkan dengan lengkap tentang andaian kehendak manusia yang tidak terhad dalam ekonomi Islam dari konteks tasawur Islam. Bahkan belum ada lagi buku yang ditulis dalam bahasa Melayu tentang andaian ekonomi Islam secara umum. Walaupun terdapat buku dalam bahasa Inggeris tentang andaian dalam ekonomi Islam tetapi ia lebih kepada andaian sumber alam yang terhad (scarcity of resources) dan bukannya andaian kehendak manusia yang tidak terhad (unlimited wants). Oleh itu, buku ini amat sesuai untuk bacaan umum dan rujukan di peringkat universiti, kolej, sekolah menengah, institusi kewangan dan institusi penyelidikan yang berkaitan dengan ekonomi kewangan dan perbankan Islam. Buku ini juga boleh menjadi koleksi peribadi pembaca kerana maklumat yang dimuatkan amat bernilai dan sukar diperoleh daripada bahan bacaan lain.

Rating dan ulasan

5.0
1 ulasan

Perihal pengarang

Mohd Zulkifli Muhammad merupakan seorang pensyarah kanan di Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan sejak 2011. Sebelum ini beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Malaysia Sabah, cawangan Labuan daripada tahun 2005 hingga 2011. Beliau menerima ijazah Sarjana Muda Syariah dan Pengurusan daripada Universiti Malaya pada tahun 2001, ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2004 dan seterusnya memperoleh ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Islam dari Universiti Sains Malaysia pada tahun 2017. Minat serta bidang tujahan penyelidikan beliau adalah dalam bidang Kewangan Islam, Perbankan Islam, Ekonomi Islam dan Keusahawanan Islam. 

Berikan rating untuk e-Buku ini

Beritahu kami pendapat anda.

Maklumat pembacaan

Telefon pintar dan tablet
Pasang apl Google Play Books untuk Android dan iPad/iPhone. Apl ini menyegerak secara automatik dengan akaun anda dan membenarkan anda membaca di dalam atau luar talian, walau di mana jua anda berada.
Komputer riba dan komputer
Anda boleh mendengar buku audio yang dibeli di Google Play menggunakan penyemak imbas web komputer anda.
eReader dan peranti lain
Untuk membaca pada peranti e-dakwat seperti Kobo eReaders, anda perlu memuat turun fail dan memindahkan fail itu ke peranti anda. Sila ikut arahan Pusat Bantuan yang terperinci untuk memindahkan fail ke e-Pembaca yang disokong.