Osteoporosis (BM): Penyakit yang menyerang dengan senyap ini boleh dicegah atau diperlahankan sekiranya kemerosotan tulang itu dikesan awal awal lagi, tetapi tidak boleh diundurkan sebaik sahaja ia mula bertapak

· Oak Publication Sdn Bhd
Ebook
40
Pages
Ratings and reviews aren’t verified  Learn More

About this ebook

Osteoporosis pada hari ini semakin menyerlah menjadi suatu isu utama kesihatan bagi kedua-dua kaum lelaki dan wanita. Penyakit ini membuatkan tulang-temulang yang pada suatu masa dahulu kuat dan sihat, rapuh dan berongga, dan mudah mengalami keretakan dan kepatahan, terutama sekali di bahagian pinggang, tulang belakang dan pinggul. Jika kita mahu menentang penyakit ini habis-habisan, kita sekali-kali jangan menerima anggapan bahawa osteoporosis itu merupakan sebahagian daripada proses penuaan yang tidak dapat dielakkan. Pembinaan tulang-temulang bukan merupakan suatu peristiwa yang berlaku sekali sahaja seperti pembinaan bangunan pencakar langit. Pada masa ini dianggarkan bahawa 400,000 wanita Malaysia menderita penyakit osteoporosis dan angka ini dijangka akan meningkat bergantung kepada bagaimana warganegara Malaysia menjaga kesihatan tulang-temulang mereka. Osteoporosis adalah akibat daripada penjagaan yang tidak wajar terhadap kesihatan tulang semasa muda anda dan semasa pertengahan umur. Mulakan hari ini juga, sama ada anda seorang dewasa atau remaja, untuk melaksanakan tabiat hidup yang baik dan lengkap agar anda dapat mencegah penyakit ini. Inilah tumpuan buku kecil ini. Jangan sekali-kali biarkan osteoporosis mengubah anda sehingga menjadi seorang yang lumpuh, tidak berdaya dan terlantar di atas katil atau di kerusi roda sepanjang hayat anda! Elakkan osteoporosis agar anda dapat menikmati masa depan yang lebih sejahtera.

Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.