· Adakah kumpulan itu ada kaitan dengan King Namrud?
· Apakah motif mereka mempengaruhi pemikiran masyarakat di situ?
Komik yang mengisahkan gabungan kumpulan pemuda yang ingin mengubah nasib empayar mereka. Bersama ikuti kisah perjuangan mereka!
AbeMat Usul berasal dari Kampong Paloh, Terengganu. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Usuluddin dengan Kepujian (Universiti Sultan Zainal Abidin) dan merupakan ahli Daie Kreatif Venture. Beliau kini aktif menganjurkan bengkel komik selain aktiviti bersama dengan Daie Kreatif Venture dalam menghasilkan komik berunsur dakwah.
Komik Team Up! merupakan komik terbitan pertama beliau bersama Buku Puris. Bagi komik On The Way, beliau berkolaborasi dengan BaMan. Manakala komik DIARI PEJUANG 1 merupakan siri sambungan bagi Komik Muluk: Team Up!