Dia Bidadari Dari Syurga

· The Chapter Bookstore
4.8
5則評論
電子書
244
評分和評論未經驗證  瞭解詳情

關於本電子書

Marissa Aisya seorang graduan dari Melbourne University, Australia tiba-tiba disuruh jadi tea lady oleh di syarikat abinya. Tanpa banyak soal Marissa ikutkan saja. Dia mahu jadi anak yang taat kepada abinya, kerana hanya abinya saja yang tinggal. Arwah umminya sudah lama meninggal dunia. Di pejabat, dia sering di buli oleh Naqib Zakuan, jurutera kekwat yang telah lama bekerja di syarikat abinya.

“Ada apa-apa lagi, Bos Zakuan?”

“Ada. Tolong buatkan saya Nescafe panas, kurang susu, lebih Nescafe dekat saya. Setiap pagi saya nak ada Nescafe itu atas meja! Awal pagi. Saya tak nak lambat-lambat.”

Zakuan yang baru sudah putus cinta dengan Maisarah mengambil pendekatan, semua perempuan sama saja. Tetapi dia terlupa yang dia sudah berjanji dengan ibunya yang dia mahu membawa balik kekasihnya ke Sungai Petani minggu itu. Daripada nak sebut nama Maisarah, tersebut nama Marissa. Tak pasal, Marissa kena jadi kambing hitam. Terpaksalah Zakuan membuat rancangan untuk memerangkap Marissa mengikutnya ke Sungai Petani berjumpa dengan ibunya.

“Tapi ada satu syarat untuk menutup mulut saya daripada melaporkan hal ini pada Haji Aisy. Saya boleh reka alasan lain tapi... Awak kena tolong saya satu hal.”

Dahi aku berkerut. “Apa syaratnya? Nak tolong apa?”

Takut punya pasal, Marissa akhirnya bersetuju untuk menolong Zakuan dengan bersyarat.

“Tak boleh pegang, tak boleh sentuh-sentuh, jangan duduk rapat-rapat dan jangan... Ehem... Jangan... Hmmm...”

“Jangan hmmm apa!!!”

“Jangan jatuh cinta dengan sayalah!”

Memanglah mula-mula, masing-masing menidakkan perasaan itu. Tapi, kalau dah pi balik pi balik, Bee Sayang, Sayang Bee... tak tercuit ke hati itu? Masalahnya, baru tujuh hari bekerja, Marrisa nak berhenti kerana mahu berkahwin dengan calon pilihan arwah umminya. Sekali lagi Zakuan patah hati.

“Ibu pun sudah terlanjur sayang. Aris tu baik sangat. Polos orangnya, mendengaq kata. Sayangnya... Bidadari hang itu milik orang, Naqib Zakuan. Tak payah hang nak seronok dengan milik orang. Pulangkan balik pada ayah dia.”

Berjayakah Zakuan melupakan Marissa yang sudah dia anggap bidadarinya? Atau, mengejar cintanya walaupun Marissa sudah mahu berkahwin?

Cinta itu hanya akan jadi milik kita apabila kita berjaya mengejarnya.

評分和評論

4.8
5則評論

關於作者

SYAMNURIEZMIL menulis buku tentang cinta dan keluarga. Kebanyakan buku beliau diadaptasi ke filem dan drama. Beliau juga merupakan pemenang Anugerah Telenovela di bawah kategori Novelis Terbaik pada tahun 2018. Sebelum beliau menulis cerita bergenre komedi romantik, beliau merupakan graduan lepasan ijazah di dalam bidang kewangan dari UiTM. Selepas itu, beliau bekerja sebagai pegawai bank selama 13 tahun sebelum menulis buku sepenuh masa. Beliau juga merupakan pesakit kronik kegagalan buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis seumur hidup. Hidup sedang mengajar beliau untuk bertahan, jadi jangan lemah... Kerana Tuhan tidak pernah gagal menciptakan takdir dan tidak pernah salah memilih hamba untuk diberi beban. 

為這本電子書評分

歡迎提供意見。

閱讀資訊

智慧型手機與平板電腦
只要安裝 Google Play 圖書應用程式 Android 版iPad/iPhone 版,不僅應用程式內容會自動與你的帳戶保持同步,還能讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
筆記型電腦和電腦
你可以使用電腦的網路瀏覽器聆聽你在 Google Play 購買的有聲書。
電子書閱讀器與其他裝置
如要在 Kobo 電子閱讀器這類電子書裝置上閱覽書籍,必須將檔案下載並傳輸到該裝置上。請按照說明中心的詳細操作說明,將檔案傳輸到支援的電子閱讀器上。