Jika diteliti cara penyampaian dan penulisan novel ini, ianya mirip jalan cerita sebuah komik dan bolehlah dianggap sebagai komik dalam novel yang jarang terdapat di pasaran kini. Disulami dengan kisah kehidupan dan percintaan remaja menjadikan novel ini lebih menarik dengan hubung kait semua elemen-elemen itu.
Dalam jilid pertama ini mengisahkan tiga orang orang remaja yang tercari-cari siapa yang menyelamatkan mereka dalam satu pertempuran.
Walaupun lebih kepada hiburan yang membawa pembacanya berimaginasi di setiap babak pertarungan dan jalan cerita yang agak santai walaupun sesekali perlu mengimbas ke muka surat belakang, Novel ini serba sedikit mengajak remaja mengutamakan tanggungjawab berbanding kehendak naluri sendiri dan kesannya jika mengabaikan tanggungjawab yang di pikul.