“Assalamualaikum...” Ana memberi salam sekali
lagi.
Langkahan mereka semakin menghampiri tangga
itu. Idah tiba-tiba menyiku Ana lalu berbisik.
“Tak ada jawapan pun?” Ana mengangkat
tangan, isyarat untuk menyuruh Idah bersabar.
“Huhuhu...”
Suara itu semakin jelas. Ana memandang Idah, menghantar ‘isyarat’ agar mereka
segera menghampiri tangga itu. Lampu suluh di tangan digenggam kuat. Sebaik
sahaja cahaya pada lampu suluh itu ‘terkena’ suatu objek, kedua-dua sahabat itu
terperanjat besar!
“Ya Allah!” Ana separa menjerit. Begitu juga dengan Idah. Benarkah apa yang mereka lihat sekarang?
“Ya Allah... Syikin... Kenapa ni?”