DI TEPI SUNGAI DAJLAH

· JT Books
3,7
3 avaliações
E-book
194
Páginas
As notas e avaliações não são verificadas Saiba mais

Sobre este e-book

“Dan sekarang, terkumpullah ingatanku ke tanah yang akan kusinggahi. Tanah Iraq dan ibu kotanya Baghdad. Maka terkenanglah akan riwayat-riwayat yang telah lama dibaca dalam buku. Baik buku-buku waktu masa kemegahan Islam, atau buku-buku hikayat 1001 malam yang terkenal dan masyhur itu. Teringatlah bahwasanya sejak zaman purbakala, tanah Iraq, iaitu hujung sebelah Utara dari Jazirah Arab, di tepi sungai-sungai Dajlah dan Furat, adalah negeri yang telah melalui riwayat beribu-ribu tahun. Disanalah dahulu kalanya berdiri Kerajaan Babylonia. Dan di negeri Babylonia itulah meninggal Iskandar Masedonia ketika dia hendak pulang kembali ke Yunani, sesudah menaklukkan tanah Parsi dan sebahagian dari tanah India. Iaitu 3 abad sebelum AlMasih dilahirkan.

Classificações e resenhas

3,7
3 avaliações

Sobre o autor

Haji Abdul Malik Karim Amrullah, atau lebih dikenali sebagai Hamka, dilahirkan di Maninjau, Sumatera Barat, pada 17 Februari 1908. Beliau adalah seorang pengarang, ulama dan ahli politik Indonesia yang terkemuka. Ayahnya, Sheikh Abdul Karim Amrullah, juga dikenali sebagai Haji Rasul, memimpin dan mengilhami gerakan reformasi di Sumatera. Pada tahun 1970-an, Hamka adalah pemimpin Majelis Ulama Indonesia, organisasi Muslim terbesar di Indonesia selain Nahdlatul Ulama dan Muhammadiyah. Pada era penjajahan Belanda, Hamka adalah ketua editor majalah Indonesia, seperti Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat, dan Gema Islam.

Avaliar este e-book

Diga o que você achou

Informações de leitura

Smartphones e tablets
Instale o app Google Play Livros para Android e iPad/iPhone. Ele sincroniza automaticamente com sua conta e permite ler on-line ou off-line, o que você preferir.
Laptops e computadores
Você pode ouvir audiolivros comprados no Google Play usando o navegador da Web do seu computador.
eReaders e outros dispositivos
Para ler em dispositivos de e-ink como os e-readers Kobo, é necessário fazer o download e transferir um arquivo para o aparelho. Siga as instruções detalhadas da Central de Ajuda se quiser transferir arquivos para os e-readers compatíveis.