Cinta Tak Jangka!

The Chapter Bookstore
4.3
리뷰 3개
eBook
544
페이지
검증되지 않은 평점과 리뷰입니다.  자세히 알아보기

eBook 정보

Yang Marean merupakan seorang eksekutif pemasaran yang bekerja selama lima tahun secara kontrak di The Care. Dia seringkali dibuli oleh Hardin Nuh yang merupakan ketua jabatannya. Disebabkan satu kesilapan, Hardin Nuh menyuruh dia mendapatkan Leo Gabriel sebagai duta untuk produk baru.

“Make sure dia datang dan sign dengan kita, Marean. Kalau tak...”

Satu hal tentang Yang Marean, dia suka menyibuk hal orang. Gara-gara nak tangkap peragut, kasut yang dia baling tersasar terkena kepala Leo Gabriel sehingga pengsan. Yang Marean hampir terlepas peluang besar untuk menjadi pekerja tetap. Mujurlah dia seorang eksekutif pemasaran. Dia ada banyak idea dan strategi untuk lepaskan diri.

Tapi... Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga.

Yang Marean kantoi!

“Awak kena uruskan saya macam yang John selalu buat sewaktu saya ada kerja dengan The Care. Uruskan maksud saya... Uruskan from A to Z!”

Tak pasal, dia kena denda disebabkan menipu Leo Gabriel!

“Aku ingat aku dah settle hal Hardin, tapi muncul pula LG yang perangainya... Saling tak tumpah macam Hardin! Apalah nasib aku? Keluar mulut buaya, masuk mulut naga!”

Belum habis pening dengan Hardin Nuh yang suka membuli. Tambah lagi seorang Leo Gabriel yang suka mengarah.

“Okeylah tu. Kalau satu, kau susah nak buat keputusan. Jadi, Tuhan datangkan yang nombor dua... Mudah untuk kau buat pilihan. Agak-agaknya, yang mana satu yang bakal menambat hati Yang Marean...”

Bagi Yang Marean, soal hati tak pernah mendapat tempat dalam perancangan hidup dia. Hardin Nuh atau Leo Gabriel... Dua-dua dalam perancangan kerja bukannya cinta. Dia tak pernah terfikir untuk jatuh cinta dan terpaksa berdepan dengan banyak pilihan.

“Aku nak tau, apa yang akan terjadi kalau aku menyimpang sikit daripada apa yang aku dah pelan. Jadi, suka atau tak... Kita kena teruskan pelan kita ni, Soph.”

Tapi, apa yang Yang Marean tak tahu...

The best things happen unexpectedly!

평점 및 리뷰

4.3
리뷰 3개

저자 정보

SYAMNURIEZMIL menulis buku tentang cinta dan keluarga. Kebanyakan buku beliau diadaptasi ke filem dan drama. Beliau juga merupakan pemenang Anugerah Telenovela di bawah kategori Novelis Terbaik pada tahun 2018. Sebelum beliau menulis cerita bergenre komedi romantik, beliau merupakan graduan lepasan ijazah di dalam bidang kewangan dari UiTM. Selepas itu, beliau bekerja sebagai pegawai bank selama 13 tahun sebelum menulis buku sepenuh masa. Beliau juga merupakan pesakit kronik kegagalan buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis seumur hidup. Hidup sedang mengajar beliau untuk bertahan, jadi jangan lemah... Kerana Tuhan tidak pernah gagal menciptakan takdir dan tidak pernah salah memilih hamba untuk diberi beban. 


이 eBook 평가

의견을 알려주세요.

읽기 정보

스마트폰 및 태블릿
AndroidiPad/iPhoneGoogle Play 북 앱을 설치하세요. 계정과 자동으로 동기화되어 어디서나 온라인 또는 오프라인으로 책을 읽을 수 있습니다.
노트북 및 컴퓨터
컴퓨터의 웹브라우저를 사용하여 Google Play에서 구매한 오디오북을 들을 수 있습니다.
eReader 및 기타 기기
Kobo eReader 등의 eBook 리더기에서 읽으려면 파일을 다운로드하여 기기로 전송해야 합니다. 지원되는 eBook 리더기로 파일을 전송하려면 고객센터에서 자세한 안내를 따르세요.