Cindetakrella

The Chapter Bookstore
5.0
10条评价
电子书
155
评分和评价未经验证  了解详情

关于此电子书

Gara-gara rakaman video Nada menyelamatkan seorang pelanggan restoran daripada disimbah air menjadi viral… Satu hotel diserbu pihak wartawan. Manalah Nada nak tahu, pelanggan yang dia selamatkan itu merupakan mamat Kardashian yang menjadi sasaran tabloid. Tak pasal, Nada dituduh mempunyai skandal dengan mamat tu. Nak tak nak, terpaksalah Nada meminta mamat tu membuat kenyataan media untuk membersihkan namanya.

Gara-gara rakaman video tu jugalah, Syed Farisy terpaksa memberikan satu persen tumpuan dalam hidup dia dan berdepan dengan media untuk membersihkan nama minah yang telah menyelamatkan dia daripada disimbah air. Mana Syed Farisy nak sangka rupa-rupanya minah itu merupakan budak perempuan comot yang pernah memberikan dia brownies sewaktu dia menangis kelaparan dulu.

Dan... Gara-gara rakaman video yang viral itu telah menemukan Prince Charming dengan Cinderellanya. Malangnya... Cinderella kali ini tidak meninggalkan kasutnya! Apakah penamat cerita Nada dan Farisy seperti cerita Cinderella?

Kerana cinta bukanlah satu dongeng yang perlu diceritakan tetapi... Harus diperjuangkan!

评分和评价

5.0
10条评价

作者简介

SYAMNURIEZMIL menulis buku tentang cinta dan keluarga. Kebanyakan buku beliau diadaptasi ke filem dan drama. Beliau juga merupakan pemenang Anugerah Telenovela di bawah kategori Novelis Terbaik pada tahun 2018. Sebelum beliau menulis cerita bergenre komedi romantik, beliau merupakan graduan lepasan ijazah di dalam bidang kewangan dari UiTM. Selepas itu, beliau bekerja sebagai pegawai bank selama 13 tahun sebelum menulis buku sepenuh masa. Beliau juga merupakan pesakit kronik kegagalan buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis seumur hidup. Hidup sedang mengajar beliau untuk bertahan, jadi jangan lemah... Kerana Tuhan tidak pernah gagal menciptakan takdir dan tidak pernah salah memilih hamba untuk diberi beban. 

为此电子书评分

欢迎向我们提供反馈意见。

如何阅读

智能手机和平板电脑
只要安装 AndroidiPad/iPhone 版的 Google Play 图书应用,不仅应用内容会自动与您的账号同步,还能让您随时随地在线或离线阅览图书。
笔记本电脑和台式机
您可以使用计算机的网络浏览器聆听您在 Google Play 购买的有声读物。
电子阅读器和其他设备
如果要在 Kobo 电子阅读器等电子墨水屏设备上阅读,您需要下载一个文件,并将其传输到相应设备上。若要将文件传输到受支持的电子阅读器上,请按帮助中心内的详细说明操作。