Gara-gara rakaman video tu jugalah, Syed Farisy terpaksa memberikan satu persen tumpuan dalam hidup dia dan berdepan dengan media untuk membersihkan nama minah yang telah menyelamatkan dia daripada disimbah air. Mana Syed Farisy nak sangka rupa-rupanya minah itu merupakan budak perempuan comot yang pernah memberikan dia brownies sewaktu dia menangis kelaparan dulu.
Dan... Gara-gara rakaman video yang viral itu telah menemukan Prince Charming dengan Cinderellanya. Malangnya... Cinderella kali ini tidak meninggalkan kasutnya! Apakah penamat cerita Nada dan Farisy seperti cerita Cinderella?
Kerana cinta bukanlah satu dongeng yang perlu diceritakan tetapi... Harus diperjuangkan!
SYAMNURIEZMIL menulis buku tentang cinta dan keluarga. Kebanyakan buku beliau diadaptasi ke filem dan drama. Beliau juga merupakan pemenang Anugerah Telenovela di bawah kategori Novelis Terbaik pada tahun 2018. Sebelum beliau menulis cerita bergenre komedi romantik, beliau merupakan graduan lepasan ijazah di dalam bidang kewangan dari UiTM. Selepas itu, beliau bekerja sebagai pegawai bank selama 13 tahun sebelum menulis buku sepenuh masa. Beliau juga merupakan pesakit kronik kegagalan buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis seumur hidup. Hidup sedang mengajar beliau untuk bertahan, jadi jangan lemah... Kerana Tuhan tidak pernah gagal menciptakan takdir dan tidak pernah salah memilih hamba untuk diberi beban.