Biarpun dunia telah memasuki zaman millennium, zaman serba canggih dengan segala teknologinya, ternyata ramai yang terjebak dan mempercayai tipuan ‘dukun’. Ada yang menyebutnya sebagai ‘tok bomoh’, paranormal ataupun tukang tenung nasib. Kononnya, mereka dapat mengetahui nasib seseorang atau hal-hal ghaib. Mereka sebenarnya adalah penipu yang berbohong kepada pesakit atau mereka yang mengadu hal untuk mendapatkan penyelesaian. Bagaimanakah sebenarnya sang dukun mengetahui hal yang ghaib? Apakah hal-hal ghaib dapat dipelajari?
Insya Allah ringkasan berikut, dapat menjadi pedoman kepada kita untuk meluruskan aqidah. Kami nukilkan dari majalah Al Ashalah Edisi Dzulhijjah 1416 H, artikel yang berjudul ‘Ilmul Ghaib Wa Ahwal Kuhanah Wal ‘Arafin, yang diitulis oleh Muhammad Abdurrahman Al Khumayyis. Juga kami sertakan ulasan singkat Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin, yang dinukil dari Majmu’ Fatawa, Jilid 1 hal. 67. Semoga bermafaat.
(Penterjemah).
Penerbitan Buku Benarkah Dukun Mengetahui Perkara Ghaib? versi Digital melalui saluran Google Play Store & Google Play Books ini merupakan koloborasi bersama antara penyaring tulisan ini iaitu Pusat Pengajian Al-Quran Darul Kautsar (www.darulkautsar.net) dan syarikat Indeepreneur (www.indeepreneur.com) yang merupakan syarikat keusahawanan teknologi maklumat yang sedang mencipta nama.