Be Strong: Jilid 3

· Galeri Ilmu Sdn Bhd
5.0
1 則評論
電子書
200
評分和評論未經驗證  瞭解詳情

關於本電子書

Buku BE STRONG ini merupakan pengumpulan pesanan-pesanan yang dirungkaikan dalam bentuk puisi, petikan dan monolog. Menggunakan pendekatan yang digunakan di dalam al-Quran yang banyak mengulang perkara yang sama pada ayat dan surah yang berbeza, penulis juga sebenarnya banyak mengulang-ulang corak pemikiran yang sama. Bentuk dan bahasanya sahaja yang berbeza.

 

Beginilah cara penulis melatih tubi pemikiran pembaca untuk berfikir dengan corak yang sepatutnya. Sungguh, cara berfikir yang betul akan membantu kita untuk sentiasa tenang dan kuat biar apa pun dugaan yang datang.

 

Ujian demi ujian akan terus singgah di dalam hidup kita tanpa henti. Ia suatu janji. Kalau yang kita cari adalah ketenangan, maka kita tiada pilihan. Belajarlah mengalah dan akur sahaja kepada semua takdir Allah. Maka insya-Allah, biar sehebat mana gelombang yang datang, kita masih mampu bertenang-tenang.



#PujukHati3

評分和評論

5.0
1 則評論

關於作者

Bonda Nor, nama yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan Tanah air. Aktif menulis novel tarbiah dan buku-buku motivasi yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Media Group. Ketika ini, beliau telah mempunyai 33 karya yang telah diterbitkan dan hampir kesemuanya mencapai jualan bestseller. Paling terkenal adalah buku-buku daripada siri Pujuklah Hati. Salah satunya, Be Strong telah menerima Anugerah Pilihan Pembaca Popular dan Berita Harian 2017. Dan Bangkit pula telah menerima Anugerah Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2018.

Beliau juga adalah pengasas kaedah mudah membaca untuk kanak-kanak; Belajar Membaca Ekspres-I , dan kini mengendalikan hampir 50 orang speaker dan lebih 500 orang fasilitator Ekspres-i di seluruh Malaysia yang bertanggungjawab menyebarkan kaedah ini untuk manfaat masyarakat.

Selain mengendalikan pasukan Membaca Ekspres-i, beliau juga mengasaskan Akademi Bonda Nor yang mengendalikan projek-projek penulisan dakwah santai bersifat antologi atau buku solo. Ketika ini terdapat 50 orang ahli di dalam akademi ini yang mendapat bimbingan secara terus menerusi Bonda Nor. Antara projek mega yang telah beliau kendalikan menerusi Akademi Bonda Nor ialah siri buku muhasabah diri BERCAKAP DENGAN CERMIN melibatkan 215 orang penulis dari seluruh negara.

為這本電子書評分

歡迎提供意見。

閱讀資訊

智慧型手機與平板電腦
只要安裝 Google Play 圖書應用程式 Android 版iPad/iPhone 版,不僅應用程式內容會自動與你的帳戶保持同步,還能讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
筆記型電腦和電腦
你可以使用電腦的網路瀏覽器聆聽你在 Google Play 購買的有聲書。
電子書閱讀器與其他裝置
如要在 Kobo 電子閱讀器這類電子書裝置上閱覽書籍,必須將檔案下載並傳輸到該裝置上。請按照說明中心的詳細操作說明,將檔案傳輸到支援的電子閱讀器上。