Be Strong: Jilid 3

Β· Galeri Ilmu Sdn Bhd
5,0
1 Ρ€Π΅Ρ†Π΅Π½Π·ΠΈΡ˜Π°
Π•-ΠΊΠ½ΠΈΠ³Π°
200
Π‘Ρ‚Ρ€Π°Π½ΠΈΡ†ΠΈ
ΠžΡ†Π΅Π½ΠΈΡ‚Π΅ ΠΈ Ρ€Π΅Ρ†Π΅Π½Π·ΠΈΠΈΡ‚Π΅ Π½Π΅ сС ΠΏΠΎΡ‚Π²Ρ€Π΄Π΅Π½ΠΈ Β Π”ΠΎΠ·Π½Π°Ρ˜Ρ‚Π΅ повСќС

Π—Π° Π΅-ΠΊΠ½ΠΈΠ³Π°Π²Π°

Buku BE STRONG ini merupakan pengumpulan pesanan-pesanan yang dirungkaikan dalam bentuk puisi, petikan dan monolog.Β Menggunakan pendekatan yang digunakan di dalam al-Quran yang banyak mengulang perkara yang sama pada ayat dan surah yang berbeza, penulis juga sebenarnya banyak mengulang-ulang corak pemikiran yang sama. Bentuk dan bahasanya sahaja yang berbeza.

Β 

Beginilah cara penulis melatih tubi pemikiran pembaca untuk berfikir dengan corak yang sepatutnya. Sungguh, cara berfikir yang betul akan membantu kita untuk sentiasa tenang dan kuat biar apa pun dugaan yang datang.

Β 

Ujian demi ujian akan terus singgah di dalam hidup kita tanpa henti. Ia suatu janji. Kalau yang kita cari adalah ketenangan, maka kita tiada pilihan. Belajarlah mengalah dan akur sahaja kepada semua takdir Allah. Maka insya-Allah, biar sehebat mana gelombang yang datang, kita masih mampu bertenang-tenang.



#PujukHati3

ΠžΡ†Π΅Π½ΠΈ ΠΈ Ρ€Π΅Ρ†Π΅Π½Π·ΠΈΠΈ

5,0
1 Ρ€Π΅Ρ†Π΅Π½Π·ΠΈΡ˜Π°

Π—Π° Π°Π²Ρ‚ΠΎΡ€ΠΎΡ‚

Bonda Nor, nama yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan Tanah air. Aktif menulis novel tarbiah dan buku-buku motivasi yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Media Group. Ketika ini, beliau telah mempunyai 33 karya yang telah diterbitkan dan hampir kesemuanya mencapai jualan bestseller. Paling terkenal adalah buku-buku daripada siri Pujuklah Hati. Salah satunya, Be Strong telah menerima Anugerah Pilihan Pembaca Popular dan Berita Harian 2017. Dan Bangkit pula telah menerima Anugerah Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2018.

Beliau juga adalah pengasas kaedah mudah membaca untuk kanak-kanak; Belajar Membaca Ekspres-I , dan kini mengendalikan hampir 50 orang speaker dan lebih 500 orang fasilitator Ekspres-i di seluruh Malaysia yang bertanggungjawab menyebarkan kaedah ini untuk manfaat masyarakat.

Selain mengendalikan pasukan Membaca Ekspres-i, beliau juga mengasaskan Akademi Bonda Nor yang mengendalikan projek-projek penulisan dakwah santai bersifat antologi atau buku solo. Ketika ini terdapat 50 orang ahli di dalam akademi ini yang mendapat bimbingan secara terus menerusi Bonda Nor. Antara projek mega yang telah beliau kendalikan menerusi Akademi Bonda Nor ialah siri buku muhasabah diri BERCAKAP DENGAN CERMIN melibatkan 215 orang penulis dari seluruh negara.

ΠžΡ†Π΅Π½Π΅Ρ‚Π΅ ја Π΅-ΠΊΠ½ΠΈΠ³Π°Π²Π°

ΠšΠ°ΠΆΠ΅Ρ‚Π΅ Π½ΠΈ ΡˆΡ‚ΠΎ мислитС.

Π˜Π½Ρ„ΠΎΡ€ΠΌΠ°Ρ†ΠΈΠΈ Π·Π° Ρ‡ΠΈΡ‚Π°ΡšΠ΅

ΠŸΠ°ΠΌΠ΅Ρ‚Π½ΠΈ Ρ‚Π΅Π»Π΅Ρ„ΠΎΠ½ΠΈ ΠΈ Ρ‚Π°Π±Π»Π΅Ρ‚ΠΈ
Π˜Π½ΡΡ‚Π°Π»ΠΈΡ€Π°Ρ˜Ρ‚Π΅ ја Π°ΠΏΠ»ΠΈΠΊΠ°Ρ†ΠΈΡ˜Π°Ρ‚Π° Google Play Books Π·Π° Android ΠΈ iPad/iPhone. Автоматски сС синхронизира со смСтката ΠΈ Π²ΠΈ ΠΎΠ²ΠΎΠ·ΠΌΠΎΠΆΡƒΠ²Π° Π΄Π° Ρ‡ΠΈΡ‚Π°Ρ‚Π΅ онлајн ΠΈΠ»ΠΈ ΠΎΡ„Π»Π°Ρ˜Π½ ΠΊΠ°Π΄Π΅ ΠΈ Π΄Π° стС.
Π›Π°ΠΏΡ‚ΠΎΠΏΠΈ ΠΈ ΠΊΠΎΠΌΠΏΡ˜ΡƒΡ‚Π΅Ρ€ΠΈ
МоТС Π΄Π° ΡΠ»ΡƒΡˆΠ°Ρ‚Π΅ Π°ΡƒΠ΄ΠΈΠΎΠΊΠ½ΠΈΠ³ΠΈ ΠΊΡƒΠΏΠ΅Π½ΠΈ ΠΎΠ΄ Google Play со ΠΊΠΎΡ€ΠΈΡΡ‚Π΅ΡšΠ΅ Π½Π° Π²Π΅Π±-прСлистувачот Π½Π° ΠΊΠΎΠΌΠΏΡ˜ΡƒΡ‚Π΅Ρ€ΠΎΡ‚.
Π•-Ρ‡ΠΈΡ‚Π°Ρ‡ΠΈ ΠΈ Π΄Ρ€ΡƒΠ³ΠΈ ΡƒΡ€Π΅Π΄ΠΈ
Π—Π° Π΄Π° Ρ‡ΠΈΡ‚Π°Ρ‚Π΅ Π½Π° ΡƒΡ€Π΅Π΄ΠΈ со Π΅-мастило, ΠΊΠ°ΠΊΠΎ ΡˆΡ‚ΠΎ сС Π΅-Ρ‡ΠΈΡ‚Π°Ρ‡ΠΈΡ‚Π΅ Kobo, ќС Ρ‚Ρ€Π΅Π±Π° Π΄Π° ΠΏΡ€Π΅Π·Π΅ΠΌΠ΅Ρ‚Π΅ Π΄Π°Ρ‚ΠΎΡ‚Π΅ΠΊΠ° ΠΈ Π΄Π° ја ΠΏΡ€Π΅Ρ„Ρ€Π»ΠΈΡ‚Π΅ Π½Π° ΡƒΡ€Π΅Π΄ΠΎΡ‚. Π‘Π»Π΅Π΄Π΅Ρ‚Π΅ Π³ΠΈ Π΄Π΅Ρ‚Π°Π»Π½ΠΈΡ‚Π΅ упатства Π²ΠΎ Π¦Π΅Π½Ρ‚Π°Ρ€ΠΎΡ‚ Π·Π° помош Π·Π° ΠΏΡ€Π΅Ρ„Ρ€Π»Π°ΡšΠ΅ Π½Π° Π΄Π°Ρ‚ΠΎΡ‚Π΅ΠΊΠΈΡ‚Π΅ Π½Π° ΠΏΠΎΠ΄Π΄Ρ€ΠΆΠ°Π½ΠΈ Π΅-Ρ‡ΠΈΡ‚Π°Ρ‡ΠΈ.