BAHASA MELAYU 1 (Penerbit UMK)

· UMK PRESS
5.0
3則評論
電子書
146
評分和評論未經驗證  瞭解詳情

關於本電子書

Buku Bahasa Melayu 1 ialah buku teks pengenalan Bahasa Melayu kepada pelajar antarabangsa yang mengambil kursus Bahasa Melayu Komunikasi. Buku teks ini ditulis sebagai panduan dan rujukan para pelajar antarabangsa untuk memahami asas-asas bahasa Melayu bagi membolehkan mereka menguasai bahasa Melayu semasa belajar dan tinggal di Malaysia. Buku ini juga boleh membantu pelajar antarabangsa bertutur dalam bahasa Melayu dengan rakyat tempatan di mana sahaja mereka berada di Malaysia.

 

Buku ini mengandungi tiga bab yang merangkumi sukatan pelajaran Bahasa Melayu Komunikasi 1 iaitu Bab 1 (Bunyi dan Sebutan), Bab 2 (Saya, Kawan dan Keluarga) dan Bab 3 (Persekitaran). Buku ini juga menyediakan cakra padat bagi aktiviti mendengar. Secara umumnya, buku ini menyentuh aspek seperti bunyi, sebutan, situasi memperkenalkan diri, kawan dan ahli keluarga, mengetahui situasi persekitaran dan aktiviti perbualan ketika berkomunikasi dengan rakan dan masyarakat tempatan dalam bahasa Melayu.

 

Penulis merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan terutamanya Azlinda bt. Zukri, Norshazrina bt. Sabri, dan Mohd Firdaus Abdullah yang membantu serta memberi pandangan dalam menyiapkan buku ini. Terima kasih juga kepada penerbit Universiti Malaysia Kelantan yang telah menerbitkan buku ini dengan jayanya. Semoga buku ini dapat membantu pelajar antarabangsa menguasai bahasa Melayu dengan baik.

評分和評論

5.0
3則評論

關於作者

Khuzaiton binti Zakaria bertugas di Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bermula tahun 2011 hingga sekarang. Beliau merupakan Penyelaras Kursus Bahasa Melayu Komunikasi bagi pelajar-pelajar antarabangsa, Unit Bahasa Ketiga, UMK. Beliau memperoleh Diploma Sebaran Am (Bidang Penyiaran) daripada Institut Teknologi MARA pada (1990), Diploma In English As a Second Language daripada Universiti Islam Antarabangsa pada (1992), Diploma Pendidikan dalam bidang Pengajian Melayu dan Kesusasteraan Melayu di Institut Bahasa Kuala Lumpur (1993), dan Sarjana Pengurusan Pendidikan daripada Universiti Utara Malaysia pada (2002). Beliau merupakan ahli jawatankuasa Unit Terjemahan dan Penyuntingan FBI dan pengarang bersama buku A Guide to Simple Grammar terbitan Pearson. Beliau juga penulis bersama buku Daftar Kata 9 Bahasa (2018) serta buku Wacana Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Ketiga (2019) , dan penulis buku Perbualan untuk Pelajar Antarabangsa(2020). Ketiga-tiga buah buku ini diterbitkan oleh Penerbit Universiti Malaysia Kelantan.

為這本電子書評分

歡迎提供意見。

閱讀資訊

智慧型手機與平板電腦
只要安裝 Google Play 圖書應用程式 Android 版iPad/iPhone 版,不僅應用程式內容會自動與你的帳戶保持同步,還能讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
筆記型電腦和電腦
你可以使用電腦的網路瀏覽器聆聽你在 Google Play 購買的有聲書。
電子書閱讀器與其他裝置
如要在 Kobo 電子閱讀器這類電子書裝置上閱覽書籍,必須將檔案下載並傳輸到該裝置上。請按照說明中心的詳細操作說明,將檔案傳輸到支援的電子閱讀器上。