Asas Tadbir Urus Islam

· Malaysian Institute of Translation & Books
5.0
1 条评价
电子书
364
评分和评价未经验证  了解详情

关于此电子书

Pengungkapan aksiom, prinsip dan nilai asas dalam menunjangi bidang tadbir urus diteroka dan dianalisis dalam buku ini, dalam usaha merumuskan pembentukan “Tadbir Urus Islam” dengan mengambil kira aspek kepercayaan, budaya dan konteks. Karya diskursif dan abstrak ini cuba menghasilkan satu kerangka “tadbir urus baik” dalam rumusannya sendiri model dinamik yang dibentuk oleh nilai, selaras menurut maqasid al-Syariah yang mencadangkan suatu model tadbir urus institusional berasaskan kaedah fiqh klasik.

Menerusi pendekatan diskursif analitikal secara eksklusif dalam buku ini, pembaca akan mendapati bahawa Islam diyakini mampu menjadi pemberdaya dalam menghasilkan insan homo-Islamicus yang beriman dan berihsan yang dapat menyumbang secara kolektif ke arah pembangunan masyarakat melalui tadbir urus. Usaha ini merupakan satu lagi ijtihad berteraskan pandangan hidup bertauhid dengan ontologi eksplisitnya menerusi epistomologi deskriptif terarah yang mementingkan pembangunan insan mapan sebagai prasyarat utama yang menentukan kejayaan pembangunan sesebuah negara.

Buku ini sangat berguna sebagai bacaan umum masyarakat sebagai pedoman bagi membentuk dan memantapkan ciri kepimpinan pada semua peringkat, dan menjadi rujukan para pelajar, lebih-lebih lagi kalangan pentadbir serta penjawat awam dan swasta.

- - -

Maszlee Malik ialah mantan pensyarah di Fakulti Ilmu Wahyu Islam dan Sains Kemanusiaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur. Beliau memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) dari Durham University di Durham, UK dalam bidang Tadbir Urus Baik. Bidang kajian beliau menjurus dalam perundangan Islam (fiqh), Pemikiran Politik Islam Klasik dan Kontemporari, serta Gerakan Islam dan Tadbir Urus Baik. Beliau ialah penulis buku Good Governance: A Critical Introduction dan Good Governance: Civil Society and Islam. Beliau kini memegang portfolio Menteri Pendidikan Malaysia sejak Mei 2018.

评分和评价

5.0
1 条评价

作者简介

为此电子书评分

欢迎向我们提供反馈意见。

如何阅读

智能手机和平板电脑
只要安装 AndroidiPad/iPhone 版的 Google Play 图书应用,不仅应用内容会自动与您的账号同步,还能让您随时随地在线或离线阅览图书。
笔记本电脑和台式机
您可以使用计算机的网络浏览器聆听您在 Google Play 购买的有声读物。
电子阅读器和其他设备
如果要在 Kobo 电子阅读器等电子墨水屏设备上阅读,您需要下载一个文件,并将其传输到相应设备上。若要将文件传输到受支持的电子阅读器上,请按帮助中心内的详细说明操作。