Tapi, hari ini dia betul-betul bengang. Hilang rasa sayang pada barang kesayangannya itu. Dia betul-betul tidak kisah. Apa yang dia tahu, ketika ini dia mahu melepaskan rasa marah yang berbuku di hati. Rasa geramnya harus dihapuskan secepat mungkin. Diluahkan supaya dia dapat bertenang seperti hari-hari semalam. Pada siapa dia harus meluahkan rasa marah ini? Faridah? Adnan? Tidak mungkin!