Dari balkoni apartmennya, dia melihat
suasana sekeliling. Langit mula cerah.
Jalan raya di bawah sana mulai sibuk
dengan kenderaan. Masyarakat ibu kota berkejar untuk ke
tempat kerja dan destinasi masing-masing.
Banyak perkara yang perlu diselesaikan hari ini, fikirnya.
Dua hari lepas, seorang pembantu kedai kucingnya
sudah berhenti kerana melanjutkan pelajaran. Duha gadis
peranakan India muslim itu sudah enam bulan bekerja dengannya.
Gadis itu rajin orangnya. Dia yang sering membersihkan
sangkar-sangkar kucing dan kadangkala bekerja
hingga ke malam. Duha memang sayangkan kucing.