Semoga penterjemahan buku ini menjadikan kita orang yang beramal dengan sunnah Rasulullah SAW dengan sandaran yang benar.
Abdul Ghani al-Maqdisi adalah seorang ulama dari mazhab Hanbali dan seorang ahli hadis yang terkenal. Sehingga karyanya dalam bidang hadits sangat berpengaruh dan terus digunakan hingga saat ini. Dia adalah saudara sepupu dari Ibnu Qudamah dan murid dari Ibnul Jauzi. Al-Maqdisi pernah belajar kepada Abdul Qadir Jaelani namun hanya seketika kerana tidak lama kemudian al-Jaelani meninggal.