AWANAMA KOSMOS

· Hdin Hafizuddin
5.0
2 則評論
電子書
341
頁數
評分和評論未經驗證 瞭解詳情

關於這本電子書

Nasib malang seorang angkasawan wanita negara, Nora Yuhanis telah menjadi penyebab kepada tercetusnya evolusi makhluk 'Awanama' yang datangnya dari luar kosmik lalu mengheret seluruh populasi bumi kembali ke zaman kuno yakni era tanpa teknologi dan dicemari pula bahan sisa radiasi berbahaya. Manusia yang terselamat daripada tragedi 'Letupan Besar' berkoloni samada di angkasaraya ataupun di dalam bunker yang tertanam jauh di dalam perut bumi.

Tujuh puluh tahun telah berlalu, cemaran radiasi pula semakin berkurangan. Mereka yang berada di angkasaraya di panggil 'Koloni Skyblood' manakala yang berada di bunker di gelar 'Koloni Knightblood'. Apakah yang bakal berlaku seterusnya?

評分和評論

5.0
2 則評論

關於作者

Mohamad Hafizuddin Mahmood atau nama pena Hdin Hafizuddin berasal dari Bukit Gambir, Johor. Penulis mendapat Pendidikan awal di SMK Bukit Gambir (BiGSS), Tangkak, Johor sebelum menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Geologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pada waktu kini, sedang bertugas di Hulu Perak, Perak sebagai Ahli Geologis / Ahli Kaji Bumi di salah sebuah syarikat swasta. Penulis merupakan penulis pemula dan karya Awanama Kosmos ini merupakan karya pertamanya.

Penulis gemar menjelajah, mengembara serta menukilkan imaginasi saintifik dalam bentuk penulisan kreatif supaya dapat menanamkan minat mengenai ilmu sains untuk kemaslahatan generasi akan datang. Dengan menulis itu jugalah, karya itu menjadi satu-satunya harta yang kekal ‘menghidup’ dan dapat dibaca selama beberapa generasi meskipun penulis itu sudah tiada lagi.

“Pandanglah ke angkasaraya dan lihatlah dengan mata hati. Manusia diibaratkan hanyalah sebutir pasir halus yang maha kecil daripada jutaan butiran pasir di sebuah pantai yang luas.”

 

Penulis boleh dihubungi melalui alamat e-mel [email protected]. Penulis juga boleh dihubungi melalui laman facebook (www.facebook.com/hdinhafizuddin), laman sosial Twitter (www.twitter.com/hdinhafizuddin), laman sosial Instagram (www.instagram.com/wattpadhdinhafizuddin) dan juga laman sosial Wattpad (www.wattpad.com/hdinhafizuddin).


為這本電子書評分

請分享你的寶貴意見。

閱讀資訊

智能手機和平板電腦
請安裝 Android 版iPad/iPhone 版「Google Play 圖書」應用程式。這個應用程式會自動與你的帳戶保持同步,讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
手提電腦和電腦
你可以使用電腦的網絡瀏覽器聆聽在 Google Play 上購買的有聲書。
電子書閱讀器及其他裝置
如要在 Kobo 等電子墨水裝置上閱覽書籍,你需要下載檔案並傳輸到你的裝置。請按照說明中心的詳細指示,將檔案傳輸到支援的電子書閱讀器。