Tujuh puluh tahun telah berlalu, cemaran radiasi pula semakin berkurangan. Mereka yang berada di angkasaraya di panggil 'Koloni Skyblood' manakala yang berada di bunker di gelar 'Koloni Knightblood'. Apakah yang bakal berlaku seterusnya?
Mohamad Hafizuddin Mahmood atau nama pena Hdin Hafizuddin berasal dari Bukit Gambir, Johor. Penulis mendapat Pendidikan awal di SMK Bukit Gambir (BiGSS), Tangkak, Johor sebelum menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Geologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pada waktu kini, sedang bertugas di Hulu Perak, Perak sebagai Ahli Geologis / Ahli Kaji Bumi di salah sebuah syarikat swasta. Penulis merupakan penulis pemula dan karya Awanama Kosmos ini merupakan karya pertamanya.
Penulis gemar menjelajah, mengembara serta menukilkan imaginasi saintifik dalam bentuk penulisan kreatif supaya dapat menanamkan minat mengenai ilmu sains untuk kemaslahatan generasi akan datang. Dengan menulis itu jugalah, karya itu menjadi satu-satunya harta yang kekal ‘menghidup’ dan dapat dibaca selama beberapa generasi meskipun penulis itu sudah tiada lagi.
“Pandanglah ke angkasaraya dan lihatlah dengan mata hati. Manusia diibaratkan hanyalah sebutir pasir halus yang maha kecil daripada jutaan butiran pasir di sebuah pantai yang luas.”
Penulis boleh dihubungi melalui alamat e-mel [email protected]. Penulis juga boleh dihubungi melalui laman facebook (www.facebook.com/