ASRAMA: 3

· Buku Fixi
4.6
5 ulasan
e-Buku
459
Halaman
Rating dan ulasan tidak disahkan  Ketahui Lebih Lanjut

Perihal e-buku ini

PREKUEL KEPADA NOVEL ASRAMA & ASRAMA: 2


Lahirnya Dahlia membawa seribu kebahagiaan buat Kalsom dan Rashid yang sudah lama menantikan zuriat. Namun terselit kerisauan di hati Rashid, kerana sumpah keturunan yang diwarisi keluarganya. Apatah lagi seawal usia tujuh tahun lagi Dahlia sudah menunjukkan yang dia bakal mewarisi takdir seperti bapanya, seorang pengait kepala. Kehadiran dan bisikan rogon dalam hidupnya menjadikan Dahlia manusia yang mampu bertindak di luar batasan!


Selepas satu demi satu tragedi berlaku, akhirnya Rashid dan Kalsom terpaksa memilih satu jalan atas dasar kasih sayang, meskipun berat untuk dilakukan.


"Semua ini untuk melindungi, lebih baik mati!"


ASRAMA: 3 merungkai kisah di sebalik takdir Rashi sebagai pengait, juga kebenaran di sebalik peristiwa kebakaran di asrama itu.


(Buku Fixi)

Rating dan ulasan

4.6
5 ulasan

Perihal pengarang

Muhammad Fatrim tidak menyangka dia mempunyai bakat untuk menulis genre seram. Dia sekadar mencuba nasib ketika menghantar proposal novel ASRAMA (2013) sepuluh tahun lalu. Sambutan menggalakkan pada novel tersebut telah mencetuskan sekuel ASRAMA:2 (2017).

Idea prekuel ASRAMA:3 ini pula tercetus untuk menjawab persoalan pembaca-pembaca dua novel sebelumnya yang tidak henti-henti diterima dalam DM. Beliau berhasrat untuk terus menulis novel-novel genre seram yang dirasakan sangat dekat dengan jiwanya dan berharap pembaca akan terus memberi sokongan untuk dia menghasilkan siri-siri yang seterusnya.

Berikan rating untuk e-Buku ini

Beritahu kami pendapat anda.

Maklumat pembacaan

Telefon pintar dan tablet
Pasang apl Google Play Books untuk Android dan iPad/iPhone. Apl ini menyegerak secara automatik dengan akaun anda dan membenarkan anda membaca di dalam atau luar talian, walau di mana jua anda berada.
Komputer riba dan komputer
Anda boleh mendengar buku audio yang dibeli di Google Play menggunakan penyemak imbas web komputer anda.
eReader dan peranti lain
Untuk membaca pada peranti e-dakwat seperti Kobo eReaders, anda perlu memuat turun fail dan memindahkan fail itu ke peranti anda. Sila ikut arahan Pusat Bantuan yang terperinci untuk memindahkan fail ke e-Pembaca yang disokong.