ย
Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa. Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata. Dalam gurau dan senda, tentu ada khilaf dan dosa. Setiap kesempatan dihargai seadanya, mencari keberkatan di bulan mulia. Agar terpilih menjadi hamba kecintaan-Nya.
*****
โKenapaย Ana?โ soalย Ina.
โTu...โ Tunjukย Anaย ke arah seseorang.
Tidak jauh dari mereka berdiri, ada seorang ibu dan anak kecilnya sedang duduk di atas tanah beralaskan sehelai surat khabar. Di hadapannya, ada sebuah bakul plastik kecil.
โTapiย Ana...ย Idahย bimbang mereka tu telah diupah oleh sindiket-sindiket tertentu...โ kataย Idah, yang seolah-olah memahami apa yang tersirat di dalam kepalaย Anaย dan apa yang bakalย Anaย lakukan selepas itu.
โYa lahย Ana! Betul cakapย Idahย tu...ย Inaย pun dah banyak kali dengar cerita yang tak best tentang mereka ni. Bukan nak menuduh tapi, tu lah hakikatnya...โ
Anaย masih tidak berganjak dan mengunci mulutnya.
โMari lah kita balik!โ ajakย Idahย sambil menarik tanganย Ana. Pun begitu,ย Anaย masih berkeras, tidak mahu berganjak...