14 Hari

The Chapter Bookstore
5,0
9 avis
Ebook
358
Pages
Les notes et les avis ne sont pas vérifiés  En savoir plus

À propos de cet ebook

Semuanya bermula sewaktu Mika disuruh mak memberikan kunci rumah homestay tu kepada Edry. Gara-gara mak tersalah menulis nama penyewa dalam nota yang ditinggalkan, Mika ingatkan Edry tu scammer. Sehinggalah, mak mengesahkan yang Edry adalah penyewa yang sebenar. 

“Ya... Ya. Adik dah bagi ka kunci?”

“Kunci dan minta maaf. Kan?” 

Maaf? Memang bukan cara Mika la. Kalau dia tak buat salah, dia tak akan mengaku salah. Masalahnya, Edry tetap mengatakan yang Mika bersalah. Dia selalu provoke Mika sewaktu Mika menghantar makanan kepadanya menyebabkan Mika buat keputusan untuk cari kerja lain. Pucuk di cita ulam mendatang, Mika dapat kerja. 

Masalahnya... 

“Saya baru nak masuk kerja dan nak pergi buat kerja saya. Tapi, awak halang saya untuk buat kerja saya. Awak tu... Tak kerja ke? Nak saya pecat awak?” 

Edry merupakan CEO di tempat Mika bekerja. Angin tak kiralah Mika. Ingatkan dah boleh lari, rupa-rupanya... Keluar kandang buaya, masuk kandang harimau! Jadi, Mika buat keputusan untuk berhenti kerja. 

“Dan... Saya nak berhenti! Selamat menjamu selera dan terima kasih kerana memilih Lodging Rumah Mak. Assalamualaikum!” 

Ingatkan bila dah berhenti dah menyelesaikan masalah. Edry nak on semula pakej makan sebanyak empat kali tu dengan alasan... Work from home. Waktu itu Ruha, kakak Mika pula terlibat dalam kemalangan di KL menyebabkan mak dan pak terpaksa ke sana selama seminggu. Nak tak nak, Mika terpaksa ikut arahan tetapi tak ikut remark yang ditulis mak sebelah menu yang dipesan Edry dan menyebabkan... 

“Kak Adikkk...!!!”

“Awat? Awat?”

“Mayat!!!” 

Macam-macam yang berlaku kepada Mika selama 14 hari Edry menyewa homestay Lodging Rumah Mak. Mana tahu semua yang berlaku itu telah membuatkan Edry jatuh cinta pada Mika. Tanpa buang masa... Edry terus melamar Mika. 

“Hati abang pilih adik. Dan sekarang... Abang nak tahu apa pilihan adik. Kalau boleh abang nak tahu sebelum abang balik ke KL.” 

Mika pun sukakan Edry tetapi terpaksa korbankan perasaannya sendiri selepas Ruha mengatakan yang dia sukakan Edry. Ruha pernah dikecewakan empat tahun lepas dan mengambil keputusan tidak berkahwin seumur hidup. Tetapi, layanan baik Edry telah mengubah keputusan Ruha. Ruha jatuh suka pada Edry dan menyebabkan Mika membuat rancangan lain dengan Syam, supervisor Mika. 

Apa yang Ruha tak tahu, Edry sukakan Mika. Apa yang Edry tak tahu, Ruha sukakan Edry. Apa yang Mika tak tahu Syam, lelaki yang mahu dikenenkan untuk kakak dia tu mempunyai rahsianya yang lain! 

Sempat ke Mika beritahu Edry yang dia terima lamaran Edry dalam masa empat hari? Apa pun jawapannya... Kalau dah mula jatuh cinta, kenalah bersedia untuk patah hati!

Notes et avis

5,0
9 avis

Quelques mots sur l'auteur

SYAMNURIEZMIL menulis buku tentang cinta dan keluarga. Kebanyakan buku beliau diadaptasi ke filem dan drama. Beliau juga merupakan pemenang Anugerah Telenovela di bawah kategori Novelis Terbaik pada tahun 2018. Sebelum beliau menulis cerita bergenre komedi romantik, beliau merupakan graduan lepasan ijazah di dalam bidang kewangan dari UiTM. Selepas itu, beliau bekerja sebagai pegawai bank selama 13 tahun sebelum menulis buku sepenuh masa. Beliau juga merupakan pesakit kronik kegagalan buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis seumur hidup. Hidup sedang mengajar beliau untuk bertahan, jadi jangan lemah... Kerana Tuhan tidak pernah gagal menciptakan takdir dan tidak pernah salah memilih hamba untuk diberi beban. 

Attribuez une note à ce ebook

Faites-nous part de votre avis.

Informations sur la lecture

Téléphones intelligents et tablettes
Installez l'appli Google Play Livres pour Android et iPad ou iPhone. Elle se synchronise automatiquement avec votre compte et vous permet de lire des livres en ligne ou hors connexion, où que vous soyez.
Ordinateurs portables et de bureau
Vous pouvez écouter les livres audio achetés sur Google Play en utilisant le navigateur Web de votre ordinateur.
Liseuses et autres appareils
Pour pouvoir lire des ouvrages sur des appareils utilisant la technologie e-Ink, comme les liseuses électroniques Kobo, vous devez télécharger un fichier et le transférer sur l'appareil en question. Suivez les instructions détaillées du centre d'aide pour transférer les fichiers sur les liseuses électroniques compatibles.