WhatsApp daripada Meta ialah aplikasi pemesejan dan panggilan video PERCUMA. Aplikasi ini digunakan oleh lebih daripada 2 bilion orang di lebih daripada 180 buah negara. WhatsApp adalah mudah, dipercayai dan peribadi, jadi anda boleh kekal berhubung dengan rakan dan keluarga dengan mudah. WhatsApp berfungsi dengan peranti mudah alih dan desktop walaupun dengan sambungan yang perlahan, tanpa yuran langganan*.
Pemesejan peribadi di seluruh dunia
Mesej dan panggilan peribadi anda kepada rakan dan keluarga disulitkan hujung ke hujung. Tiada sesiapa di luar sembang, walaupun WhatsApp, boleh membaca atau mendengar butiran berkenaan.
Sambungan yang mudah dan selamat, serta-merta
Anda hanya perlukan nombor telefon anda, tiada nama pengguna atau log masuk. Anda boleh lihat dengan pantas kenalan anda dalam WhatsApp dan mula menghantar mesej.
Panggilan suara dan video berkualiti tinggi
Buat panggilan video dan panggilan suara yang selamat kepada hingga 8 orang secara percuma*. Panggilan anda boleh dibuat dengan peranti mudah alih menggunakan perkhidmatan Internet telefon anda, walaupun dengan sambungan perlahan.
Sembang kumpulan untuk anda kekal berhubung
Kekal berhubung dengan rakan dan keluarga. Sembang kumpulan yang disulitkan hujung ke hujung membolehkan anda berkongsi mesej, foto, video dan dokumen antara peranti mudah alih dan desktop anda.
Kekal berhubung dalam masa nyata
Kongsi lokasi anda dengan orang dalam sembang individu atau sembang kumpulan anda sahaja, dan berhenti berkongsi pada bila-bila masa sahaja. Atau rakam mesej suara untuk berhubung dengan segera.
Kongsi detik-detik harian melalui Status
Status membolehkan anda berkongsi kemas kini dalam bentuk teks, foto, video dan GIF yang akan hilang selepas 24 jam. Anda boleh memilih untuk berkongsi siaran status dengan semua kenalan atau yang terpilih sahaja.
Gunakan WhatsApp pada jam tangan Wear OS anda untuk meneruskan perbualan, membalas mesej dan menerima panggilan - semuanya daripada pergelangan tangan anda. Dan, manfaatkan jubin serta komplikasi untuk mengakses sembang anda dengan mudah dan menghantar mesej suara.
*Caj data mungkin dikenakan. Hubungi penyedia anda untuk mendapatkan butiran.
Jika anda ada sebarang maklum balas atau pertanyaan, sila pergi ke WhatsApp > Tetapan > Bantuan > Hubungi Kami
Dikemas kini pada
21 Jan 2025
Komunikasi
Keselamatan data
arrow_forward
Keselamatan bermula dengan memahami cara pembangun mengumpul dan berkongsi data anda. Amalan privasi dan keselamatan data mungkin berbeza-beza berdasarkan penggunaan, rantau dan umur anda. Pembangun memberikan maklumat ini dan mungkin mengemaskinikan maklumat dari semasa ke semasa.
kenapa whatsapp saya asyik terkeluaq aduhh tolong la whatsapp jangan dok buat problem dh la nk chat semua x boleh tlg la
28 orang mendapati ulasan ini berguna
Nur Shuada
Benderakan ulasan yang tidak sesuai
Tunjukkan sejarah ulasan
23 Januari 2025
Da update tapi Masih tak ade lagu ..tema pun tak ada
11 orang mendapati ulasan ini berguna
Nurul Syazwani
Benderakan ulasan yang tidak sesuai
23 Januari 2025
Kenapa wasap saya kena sekat dengan kpam
42 orang mendapati ulasan ini berguna
Perkara baharu
• Anda kini boleh mengetik dua kali untuk bereaksi kepada mesej dengan cepat. • Berkongsi berbilang imej dan video kini akan dihantar sebagai koleksi. • Anda kini boleh berkongsi pek pelekat sebagai mesej dalam sembang anda. Ketik menu tiga titik di sebelah pek dan pilih ‘Hantar’ untuk bermula.
Ciri ini akan dilancarkan dalam beberapa minggu akan datang. Terima kasih kerana menggunakan WhatsApp!