- Galaxy S7/S8/Note8/S9/Note9: ketik [Aturan] > [Cloud dan akaun] > [Smart Switch] untuk membuka Smart Switch Mobile.
▣ Cara yang mudah untuk memindahkan kandungan ke Samsung Galaxy® baru anda. Smart Switch memberikan anda kebebasan untuk mengalihkan kenalan, muzik, foto, kalendar, mesej teks, aturan peranti anda dan banyak lagi kepada peranti Galaxy baru anda. Selain itu, Smart Switch™ membantu anda mencari aplikasi kegemaran atau mencadangkan aplikasi yang serupa pada Google Play™.
▣ Siapakah yang boleh membuat pemindahan? • Pemilik Android™ - Pemindahan wayarles antara peranti Galaxy: Android 5.0 atau lebih baru - Pindah daripada peranti Android yang serasi kepada peranti Galaxy: Android 5.0 atau lebih baru (Sila ambil perhatian bahawa peranti bukan Samsung dengan versi Android yang lebih rendah daripada 6.0 hanya boleh disambungkan dengan peranti Galaxy yang menyokong Mobile AP.) - Pemindahan berwayar: Android 5.0 atau lebih baru, kabel pengecas dan kabel USB OTG
• Pemilik iOS™ - gunakan pilihan yang terbaik untuk anda - Pemindahan berwayar daripada peranti iOS anda kepada Galaxy anda: iOS 5.0 atau lebih baru, kabel peranti iOS (Lightning atau 30 pin) dan kabel USB OTG - Import daripada iCloud™: iOS 4.2.1 atau lebih baru dan Apple ID - Pemindahan PC/Mac menggunakan iTunes™: Perisian Smart Switch PC/Mac – Mari bermula http://www.samsung.com/smartswitch
▣ Apa yang boleh dipindahkan? - Kenalan, kalendar (Kandungan peranti sahaja), mesej, foto, muzik (kandungan bebas DRM sahaja, Tidak disokong untuk iCloud), video (kandungan bebas DRM sahaja), log panggilan, memo, penggera, aturan Wi-Fi, hiasan latar, dokumen, data Aplikasi (peranti Galaxy sahaja) dan reka letak utama (peranti Galaxy sahaja) - Anda boleh menghantar data aplikasi dan reka letak utama dengan menaik taraf peranti Galaxy anda kepada M OS (Galaxy S6 atau lebih tinggi).
▣ Apakah peranti yang disokong? • Galaxy: Peranti mudah alih dan tablet Galaxy terkini (Daripada Galaxy S2) * Nota: Untuk Galaxy S2, versi OS (GB/ICS) yang lama boleh menyebabkan ketidakserasian. Jika S2 anda tidak berfungsi dengan betul, sila cuba selepas kemas kini perisian tegar.
* Nota: Atas sebab seperti keserasian antara peranti, Smart Switch mungkin tidak dapat dipasang dan digunakan pada sesetengah peranti. 1. Untuk memindahkan data, kedua-dua peranti mestilah mempunyai minimum 500 MB ruang kosong dalam memori dalamannya. 2. Jika anda memiliki peranti bukan Samsung yang kerap menyahsambung daripada rangkaian mudah alih, pergi ke Wi-Fi Lanjutan pada peranti anda, matikan pilihan “Mulakan Wi-Fi” dan “Nyahsambungkan isyarat Wi-Fi lemah” kemudian cuba lagi. (Pilihan yang diterangkan di atas mungkin tidak tersedia, bergantung pada pengeluar peranti dan versi OS anda.)
Dikemas kini pada
29 Sep 2024
Alatan
Keselamatan data
arrow_forward
Keselamatan bermula dengan memahami cara pembangun mengumpul dan berkongsi data anda. Amalan privasi dan keselamatan data mungkin berbeza-beza berdasarkan penggunaan, rantau dan umur anda. Pembangun memberikan maklumat ini dan mungkin mengemaskinikan maklumat dari semasa ke semasa.